1. Yaqin
2. Ikhlas.
3. Mengerjakan amalan sunat
4. Istiqamah
5. Bertatsusila atau tertib.
Huraian.
1. Yaqin: Iaitu meyakini bahawa ke enam-enam rukun iman,tanpa sedikitpun ada syak,zan dan waham.
2. Ikhlas: Ikhlas ialah melakukan sesuatu dengan niat yang bersih dari pengaruh selain dari kerana Allah SWT semata-mata. Oleh kerana ikhlas ini berhubung rapat dengan pengetahuan Allah, hanya Allah sahaja yang mengetahui sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak.
Dalam stau hadis Qudsi Allah berfirman yang bermaksud,
"Ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsiaKu. Aku titiskan ia kedalam hati hamba-hambaku yang Aku kehendaki".
"Ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsiaKu. Aku titiskan ia kedalam hati hamba-hambaku yang Aku kehendaki".
3. Mengerjakan amalan sunat: Amalan sunat dapt meningkatkan iman setelah melakukan amalan yang wajib. Melaui amalan sunat akan menambahkan lagi ganjaran pahala dan meninggikan pangkat dan darjat di syurga. Dengan amalan sunat juga dapat menjauhkan melakukan perkara-perkara ynag maksiat.
4. Istiqamah beramal: Amalan yang berterusan atau istiqamah akan dapat menetapkan iman dan dapat mendirikan benteng iman dari gangguan nafsu dan syaitan.
Sahabat bertanya kepada Rasulullah saw, "Apakah amalan yang paling disukai Allah?'
Sabda Rasulullah SAW, "Sebaik-baik amalan ialah amalan yang kekal (berterusan) walaupun sedikit".

5. Bertatasula atau tertib: Iaitu beradab sopan sebagaimana di terangkan oleh Al Quran dan Rasulullah. Tanpa melakukan ibabat secara tertib secara zahir dan batinnya, tak mungkin seseorang dapat melaksanakan ibadat yang difardhukan dengan khusyuk atau sempurna.
Semoga dengan mempunyai kaedah yang dihuraikan di atas tadi seseorang itu dapat melakukan kewajipan terhadap Allah swt, dengan bersungguh-sungguh dan penuh sabar dan dapat meninggalkan perakara yang dipengaruhi nafsu dan gejala-gejala kemaksiatan.

Insya Allah....
No comments:
Post a Comment