Tuesday 12 November 2013

Mengingati Mati : Perjalanan Roh Dari Alam Ke Alam


Marilah kita ingat kembali dan menyakini hakikat kematian. Mengingati MATI adalah sebijak2 perbuatan. Tidakkah bijak bila beringat untuk bawa bekalan? Seseorang yang ingin berpergian (contoh, belajar oversea 3 tahun), mesti teringatkan untuk membuat persediaan dan membawa bekalan.
MATI itu pasti. Dan MATI itu sangat dekat. Bagaimana mungkin kita berasa selamat dari MATI ? Sedang hari-hari kita mungkin mati di jalan raya? Untuk mati di jalan raya, tidak perlu naik kenderaan… Hanya berada di tepi jalan sudah memadai.
Bagaimana mungkin kita berasa selamat jika kita berada di dalam bangunan? Sedang bila-bila saja mungkin berlaku litar pintas, lalu kita mati terperangkap dalam api?
Tidakkah kita dengar hal-hal kematian di dada khabar dan TV setiap hari? Setiap mereka yang mati tu, tidak menjangkakan mereka akan mati hari tersebut.
Jadi bagaimana pula kita boleh yakin kita tidak akan mati hari ini?

Setiap orang Islam wajib mempercayai Hari Kiamat. Terdapat 5 alam yg dilalui oleh setiap manusia iaitu:

1. Alam Roh
Alam di mana setiap manusia berjanji mnyembah Allah dan mengikuti segala suruhan dan meninggalkan laranganNya.
Manusia dihidupkan selepas Nabi Adam.

2. Alam Rahim
Selama 120 hari berada didalam rahim (tidak lagi mengingati segala peristiwa Alam Roh).

3. Alam Dunia
Manusia hidup didalam satu alam yg amat-amat singkat tetapi amat-amat penting untuk alam yg seterusnya.
Hidup sehingga 65thn-75thn.

4. Alam Kubur
Alam Kubur adalah bersamaan 40 thn. 1 tahun bersamaan 1000 tahun di dunia.
Hadis Imam At Turmudzi menerusi Abi’Sa’iid; Rasulullah saw bersabda :
“Sungguhnya Kubur itu adalah suatu kebun antara kebun-kebun Syurga ataupun satu lubang antara lubang-lubang Neraka”.

5. Alam Mahsyar
Alam Mahsyar adalah bersamaan 300thn. 1 tahun bersamaan 50,000 tahun didunia.
Alam Mahsyar dimulakan apabila 2 tiupan sangkakala ditiupan oleh Malaikat Israfil.
Tiupan pertama mematikan semua kehidupan manakala tiupan yang kedua menghidupkannya kembali di mana bumi memuntahkan isinya.
Dalam riwayat dinyatakan Kaabah akan berjalan masuk bersama dengan bumi Mekah dan Madinah bersama isi buminya apabila kiamat tiba (termasuk orang beriman yang mati di Mekah / Madinah). Sunat utk kita berniat untuk mati di Mekah atau Madinah shj. Haram berniat untuk mati ditempat yang lain.
Rasullullah s.a.w yang pertama sekali dibangkitkan dimana Rasullullah s.a.w bertanya pada Jibrail ” Di mana kamu tinggalkan umatku”.

# Di dalam Surah Al-Waaqi’ah Allah menyebutkan pada permulaan keadaan/suasana Kiamat Besar di mana manusia terbahagi kepada tiga golongan :

1.Muqarrabiin (Orang yang didekatkan kepada Allah); iaitu orang-orang yang dapat memasuki Syurga diperingkat awal.
2.Abraar (Baik-kebaikwan); iaitu orang-orang yang baik-baik; mereka ini ialah golongan Kanan (Golongan Bertuah Peringkat Kedua).
3.Fujjaar (Jahat-jahawan); iaitu orang-orang yang jahat-jahat; mereka ini ialah golongan kiri (golongan celaka/sial).

Kemudian Allah menyebutkan diakhirnya keadaan Kiamat Kecil di mana manusia terbahagi kepada tiga golongan juga iaitu:

1.Muqarrabiin.
2.Golongan Kanan.
3.Golongan Pendusta Yang Sesat.

Peristiwa di Padang Mahsyar
Manusia dibangunkan dalam keadaan telanjang melainkan mereka yang beriman. Jalan masing-masing tidak kenal antara satu kecuali 7 golongan. Mengikut Riwayat, Rasullullah saw dan Nabi Ibrahim as diberi pakaian terlebih dahulu diikuti yang lain (para Nabi Sahabat dan mrk yg beriman).

7 golongan:

1.Pemimpin yang adil.
2.Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
3.Lelaki yang bersedekah tetapi tidak diketahui.
4.Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
5.Lelaki yang diajak oleh wanita, tetapi dia menolak dgn kata “Aku takut pada Allah”.
6.Lelaki yang senantiasa mengingati Allah dan takut pada Allah.
7.Bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

(Di dalam Al-Quran jika ia dirujuk sebagai lelaki maka ada juanya bermaksud atau bersama perempuan). Setelah 40 thn (di Mahsyar) iaitu 1 tahun bersamaan 50,000 tahun di dunia, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian terdengar suara “pergilah berjumpa dgn para Nabi”.. maka yang mengetuai setiap kumpulan ialah para ulama dan para ambia.
Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam menyatakan beliau juga ada melakukan dosa kerana memakan buah larangan di syurga maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Rasullullah saw memohon kepada Allah dan syafaat baginda telah meletakkan Padang Mahsyar menjadi tempat

-Soal Jawab.
-Membaca catatan amalan.
-Hisab.

*Manakala orang kafir dan syaitan akan dikumpulkan disekeliling Neraka Jahanam.
Oleh itu, demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Sesungguhnya Kami akan himpunkan mereka yang kafir itu beserta syaitan-syaitan di Padang Mahsyar, kemudian Kami akan bawa mereka duduk bertelut di keliling Neraka Jahanam.” Surah Maryam Ayat 68

Kemudian manusia meniti Siratul Mustakim yang mana perjalanannya mengambil masa 15,000 tahun perjalanan (persamaan di dunia tidak dinyatakan). Dan setiap 1000 manusia yang meniti hanya tinggal 1 sahaja yang akan berada di titian sirat (iaitu mereka yang beriman dan beramal soleh) untuk meneruskan perjalanan ke syurga (sepantas kilat bagi mereka yang beriman). 999 manusia akan jatuh kebawah dari sirat dan akan tiba didasar neraka setelah 60 tahun. (*Mengikut Riwayat, anak yang meninggal sewaktu kecil akan menunggu ibubapanya di atas sirat).

*Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi, Di sisi “Sidratul-Muntaha”; Yang di sisinya terletak syurga “Jannatul-Makwa”.(Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa “Sidratul-Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Surah An-Najm Ayat 13-16

*Kesimpulannya : Mati adalah benar, hidup kembali di Alam Barzah dan Alam Akhirat adalah benar. Amatlah ruginya jika kita leka di dunia yang masanya sungguh singkat namun amalan dan sumbangan kita terhadap agama Allah amatlah besar pada ketika itu untuk menghadapi Alam seterusnya. Diceritakan kisah didalam Al-Quran di mana manusia akan menyesali di atas kelalaian mereka di dunia sebaik sahaja melihat api neraka.

sumber

Friday 4 October 2013

Halangan-Halangan Untuk Jadi Baik

Tahu tak apa-apa ayat Al-Quran yang berkaitan dengan halangan untuk menjadi baik?......
Kalau setakat mahu ayat al-Quran, kita boleh rujuk di beberapa tempat dalam al-Quran. Tapi yang popular dan sering kita dengar menerusi ceramah atau kuliah ustaz-ustaz, tak kiralah dari saluran manapun, ayat 14 daripada surah Ali-Imran sering diperdengarkan.

"Dijadikan terasa indah kepada manusia kecintaan terhadap apa-apa yang diingini berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang berlonggok berupa emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternakan, dan sawah ladang. Itulah kesenangan di dunia, dan disisi Allah-lah tempat kembali yang baik"

Dalam ayat tu kita dah nampak beberapa ujian kepada manusia. Pertama, wanita (ujian bagi lelaki) atau lelaki (ujian bagi wanita). Kedua, anak-anak. Ketiga, harta benda yang bermacam jenis.

Ada orang nak dekatkan diri dengan surau-masjid... dengan majlis ilmu... dengan ulama... tapi isteri mereka kata, "Abang tak payahlah keluar malam ni. Temanlah Mah (bukan nama sebenar) kat rumah. Mah takut bang."

Ada orang nak mendekatkan diri dengan surau-masjid, dengan majlis ilmu, dengan ulama... tapi anak-anaknya merengek, "Daddy... Daddy bila nak bawa kami pergi funfair lagi?"


Ada orang nak dekatkan diri dengan surau-masjid, dengan majlis taklim, dengan ulama... tapi kerana harta, langkahnya tercatu. "Aku sibuk sangat ni. Overtime sampai pukul lima pagi. Esok pukul lapan pagi pulak dah kena punch-card."
Selain itu, kita juga boleh rujuk ayat 24, surah At-Taubah.

"Katakanlah wahai Muhammad: 'Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan daripada berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)."


Dalam ayat ini pun Allah katakan bahawa penghalang kita itu utamanya datang daripada kaum keluarga dan harta benda kita.

Realitinya memang begitu.


Nak buat maksiat, senang. Bahkan sangat mudah. Tak ada siapa nak bising. Tak ada siapa nak halang. Kadang-kadang siap diberikan layanan istimewa. Diberikan sokongan dan bantuan pula!

Tapi nak buat baik, habis semua orang nak bising. Semua orang pandang kita pelik semacam.

Saudaraku kesemuanya. Mari kita sama-sama melihat kepada dua penghalang utama manusia untuk merangkak kearah kebaikan.

Pertama, hawa nafsu.

Kedua, syubhah atau ragu-ragu.

Golongan yang mengikut hawa nafsu ini Allah rakamkan dalam surah al-Fatihah sebagai golongan yang dimurkai. Mereka ini ialah orang-orang Yahudi. Orang islam yang bermentaliti Yahudi ialah orang-orang yang tahu kebenaran, tahu tuntutan. Bahkan antara mereka ada juga yang alim tapi malangnya mereka tidak mampu untuk beramal. Kenapa?

Saya sering tertanya-tanya. Semua orang tahu solat berjemaah, pahalanya ialah 27 kali ganda berbanding dengan pahala solat sendirian. Sedangkan pahala yang 1 itu pun belum tentu dapat lagi! Tapi kenapa surau-masjid kita tak sepenuh kedai makan? atau stadium?

Ini bukan kerana mereka jahil, tapi kerana mereka punya hawa nafsu yang membelit seperti ular sawa.

Tak mahu beramal. Tak mahu berakhlak.
Kerana diri sukakan dunia. Hawa nafsulah tu!
Ini ialah rentetan daripada kesombongan, kezaliman dan juga banyaknya kita bermaksiat. Bukankah kerana banyak bermaksiat, hati akan jadi mati? Dan kalau hati sudah mati, pasti ia akan membusuk... bernanah serta berulat, lalu menimbulkan kesan yang buruk-buruk sahaja kepada alam keliling.


Maka, satu-satunya ubat bagi penyakit hawa nafsu ini ialah mujahadah. Bersungguh-sungguh lawan keinginan nafsu. Letak dalam otak, bahawa Allah sedang menilai kita dan akan memberikan kita jalan-jalan (bukan satu jalan sahaja) untuk mendapatkan redha-Nya.

Sebagaimana firman-Nya dalam ayat 69 pada surat al-Ankabut: "Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan Kami, nescaya Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta dengan orang-orang yang berbuat baik."

Jihad dalam ayat diaatas bukan bermakna perang kerana ayat peperangan turun selepas turunnya ayat itu. Maka jihad yang dimaksudkan itu ialah kita bersungguh-sungguh mencari jalan untuk pulang kepada-Nya.

Saya suka melantunkan ayat ini di dalam hati, 'Fafirru illallah'- Berlarilah kepada Allah! Kerana fitrah orang yang berlari ialah jasadnya akan sentiasa berada di hadapan. Ini bermakna orang yang berlari kepada redha-Nya ialah orang 'will never turn back to Jahiliyyah'.

Baiklah. Ringkasnya, begitu.

Kedua, yang menghalang manusia mendekati makruf ialah kerana syubhah- keraguan, syak, atau kejahilan.

Ini ialah orang kristian. Mereka Allah umpamakan sebagai golongan yang sesat, yang mana mereka tidak bertemu dengan jalan kebenaran. Mereka ialah orang yang terkeliru. Yang benar, mereka katakan sebagai salah tapi yang salah mereka anggap sebagai kebenaran sampaikan tahap mereka sanggup menyembah manusia!

Itulah dia ciri-ciri manusia yang jahil dan ragu-ragu.

Penawar bagi sakit ini cuma satu- menuntut ilmu. Jika kita sudah 'clear' tentang hakikat, insya-Allah kita akan lebih terdorong dan terlorong untuk beramal soleh, seterusnya menjadi hamba-Nya yang rabbani.

Berubah Ke Arah Kebaikan

Setiap orang mempunya potensi untuk menjadi baik kerana mencintai kebenaran itu adalah fitrah manusia.

"Siapa yang menggerakkan hati untuk kamu semua baca tentang artikel-artikel tazkirah, pergi ke web islam, mendengar nasyid, datang ke usrah dan sebagainya? Jawabnya adalah Allah S.W.T jua yang menggerakkan hati-hati kamu semua. Maka jangan disia-siakan segala petunjuk itu,"

Kita mahu menjadi baik tetapi di mana kesungguhan kita untuk menjadi baik itu?

Istiqamahkah kita pada jalan-jalan kebaikan?

Baik itu bagaimana sebenarnya?

Baik itu adalah apabila kita mula kembali kepada ajaran agama Allah S.W.T. Jika tidak bertudung, sudah mula mahu bertudung. Jika tidak solat, sudah mula mahu belajar solat, dan contoh-contoh lain.
Ada orang kata cukuplah aku menunaikan segala rukun yang ditetapkan.
Jawapan saya, tidak cukup baik.
Kerana anda masih tidak menunaikan hak sesama muslim.
Apa itu hak sesama muslim?
Yakni mencegah kemungkaran dan menyeru ke arah kebaikan.
Jika baik, biarlah baik yang sepenuhnya, bukan baik separuh, jahat separuh.

Bagaimana pula boleh separuh?

Seperti cerita Robin Hood. Hero itu baik, tolong orang-orang miskin yang ditindas. Tetapi jahat juga kerana dia mencuri. Tidak ke lagi bagus si Robin Hood berniaga, kemudian menjadi orang kaya dan menolong orang miskin. Selain itu boleh menjadi ahli politik, kelar dasar orang kaya yang suka menindas. Itu lebih elok dari dia pergi mencuri dan merompak.

Jadi, bagaimana anda yang punya potensi untuk menjadi baik?

Selama ini anda suka melayari web Islam atau blog seperti iluvislam.com, halaqah.net, saifulislam.com, langitilahi.com, dirihamba.blogspot.com, hijau1976.blogspot.com dan sebagainya.

Selama ini anda menonton cerita berunsur Islam seperti Ketika Cinta Bertasbih, Halaqah, Semanis Kurma, 30 Minit Bersama Ustaz Don, al-Kuliyyah dan sebagainya.

Selama ini anda mendengar nasyid seperti Maher Zain, Raihan.

Selama ini anda membaca majalah dan novel seperti Solusi.

Selama ini anda sering menghantar post di facebook mengenai hadis dan sebagainya.

Bukankah itu adalah potensi?

Dan potensi itu digerakkan oleh Allah S.W.T. Ini bermakna itu adalah petunjuk untuk anda berubah menjadi baik.


Ada orang meninggalkan kebaikan kerana takut riak.
Bolehkah riak dihapuskan dengan meninggalkan amal?. Sebenarnya
riak boleh dihapuskan dengan memperbetulkan niat. Niat hanya boleh hadir
dengan memperbetulkan matlamat hidup hanya untuk Allah,
tiada syirik 
padanya..
 Matlamat hidup boleh disetkan dengan
memahami siapa kita siapa Allah, 
apa dunia apa akhirat...

sumber