Saturday 18 February 2012

Jihad Di Jalan Allah

Definisi Jihad
Jihad dalam Islam merupakan di antara seutama-utama amal. Perintah berjihad termaktub dalam Al-Qur’an pada surah Al-Baqarah: 190, 193, 216; Ali Imran: 142; An-Nisa’: 95; Al-Anfaal: 74; At-Taubah: 73; Al-Hajj: 78; Al-Furqan: 52 dan As-Saaf: 11.

Abdullah bin Mas’ud berkata: ” Aku pernah bertanya kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam: ‘Amal apa yang paling utama?’ Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab:’Solat pada waktunya.’ Aku bertanya lagi: ‘Kemudian apa?’ Beliau sallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab: ‘Berbakti kepada kedua orang tua.‘ Aku bertanya lagi: ‘Kemudian apa lagi?’ Beliau Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab:’Jihad fii sabiilillaah.‘ ” (HR. Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Musa al-Asy’ari bahawa ada seseorang bertanya kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam: “Wahai Rasulullah , ada seseorang berperang kerana ghanimah(harta rampasan perang), ada yang lain berperang supaya disebut namanya, dan yang lain berperang supaya dapat dilihat kedudukannya, siapakah yang dimaksud berperang di jalan Allah?” Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: ” Barangsiapa yang berperang supaya kalimat Allah tinggi, maka ia fii sabiilillah ( di jalan Allah).” (HR. Bukhari, Muslim, Ahmad)

 Hukum Jihad
Hukum jihad adalah fardhu, sepertimana firman Allah yang bermaksud: “ Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah: 216)
Dari Ibnu Abbas bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda pada ketika Fathu Makkah: ” Tidak ada hijrah setelah Tahu Makkah, akan tetapi yang ada adalah jihad dan niat yang baik. Bila kalian diminta untuk pergi berperang, maka pergilah!” (HR. Bukhari, Muslim, Abu Dawud, at-Tirmizi, an-Nasa’i dan Ahmad).
Hukum jihad adalah fardhu kifayah dengan dalil-dalil dari Al-Qur’an dan As-Sunnah yang sahih serta penjelasan ulama’ Ahlus Sunnah, anara lain dari Al-Qur’an ayat An-Nisaa’: 95-96; At-Taubah: 122; Al-Muzzamil: 20; dan beberapa hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam yang sahih. Para ulama’ menyebutkan bahawa jihad menjjadi fardhu ‘ain pada tiga keadaan:
1. Apabila pasukan Muslimin dan kafirin bertemu dan sudah saling berdepan di medan perang, maka tidak bleh seseorang berundur atau berpaling.
2. Apabila musuh mnyerang negeri Muslim yang aman dan mengepungnya, maka wajib bagi penduduknya untuk keluar memerangi musuh, kecuali wanita dan kanak-kanak.
3. Apabila Imam meminta satu kaum atau menentukan beberapa orang untuk pergi berperang, maka menjadi wajib atas mereka. (QS. At-Taubah: 38-39).
Jihad diwajibkan atas setiap Muslim, baligh, berakal, merdeka, lelaki, mempunyai kemampuan untuk berperang, dan mempunyai harta yang mencukupi baginya dan keluarga selama tempoh pemergiannya.
Dari Aisyah bahawa ia pernah bertanya kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam : “Wahai Rasulullah, apakah kaum wanita wajib berjihad?, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab: ” Ya, kaum wanita wajib berjihad. Jihad yang tidak ada peperangan di dalamnya, iaitu haji dan umrah.” (HR. Bukhari, Ibnu Majah dan Ahmad, lafaz ini milik Ibnu Majah)
Keutamaan Jihad
1. Geraknya mujahid di medan perang itu diberikan pahala oleh Allah. (QS. At-Taubah: 120-121)
2. Jihad adalah perniagaan yang untung dan tidak pernah rugi. (QS. As-Saaf: 10-13)
3. Jihad lebih utama dari meramaikan Masjidil Haram dan memberi minum kepada jemaah haji. (QS. At-Taubah: 19-21)
4. Jihad merupakan satu dari dua kebaikan (menang atau mati syahid) (QS. At-Taubah: 52)
5. Jihad adalah jalan menuju ke syurga. (QS. Ali Imran: 142)
6. Orang yang bejihad, meskipun ia sudah mati syahid namun tetap hidup dan diberikan rezeki. (QS. Ali-Imran: 169-171)
7. Orang yang berjihad umpama orang yang berpuasa tidak berbuka dan mengerjakan solat malam terus-menerus.
8. Syurga memiliki 100 tingkatan yang disediakan Allah bagi orang yang berjihad di jalanNya. Jarak antara satu tingkat dengan yang lainya seperti langit dan bumi.
9. Syurga di bawah naungan pedang.
10. Terdapat 6 keutamaan orang yang mati syahid: (1) diampunkan dosanya sejak titisan darah pertama, dan dapat melihat tempatnya di syurga, (2) akan dilindungi dari azab kubu, (3) diberikan rasa aman dari ketakutan yang dahsyat pada hari kiamat, (4) diberikan pakaian iman, (5) dinikahkan dengan bidadari, (6) dapat memberi syafa’at kepada 70 orang keluarganya.
11. Berjihad di jalan Allah itu lebih baik dari dunia dan seisinya.
12. Orang yang mati syahid, rohnya berada di qindil (lampu) yang berada di syurga.
13. Orang yang mati syahid diampunkan seluruh dosanya kecuali hutang.




No comments:

Post a Comment