Tuesday 20 September 2011

Ciri-Ciri Hati Yang Sihat kerana Sentiasa Mengingati Allah

Pertama:
Jika ia tertinggal wiridnya dari Al-Quran atau zikrullah, atau suatu peribadatan lainnya, maka ia merasakan sakit yang tiada terperi melebihi sakit orang yang tamak dan kikir ketika kehilangan barang kesayangannya.

Kedua : 
Ia sentiasa merindui untuk mengabdikan diri di jalan Allah seperti rindunya seseorang kepada orang yang amat disayangi.

Ketiga :
Tujuan hidupnya hanya satu, iaitu taat kepada Allah SWT.
Keempat : 
Bila ia sedang melakukan solat, maka hilanglah semua kegundahannya pada kenikmatan dunia yang sementara. Di dalam solat telah ia temukan kenikmatan dan kesejukan jiwa yang suci.

Kelima: 

Sangat menghargai waktu dan tidak mensia-siakannya, melebihi rasa kekhuatiran orang bakhil menjaga hartanya.
Keenam:
Tidak pernah terputus dan malas dalam mengingati Allah.

Ketujuh:

Lebih mengutamakan pada pencapaian kualiti atas suatu amalan perbuatan daripada kuantitinya. Lebih cenderung kepada keikhlasan beribadat.

Empat jenis racun hati

Pertama: Berlebihan dalam berbicara
Kedua:Berlebihan dalam memandang
Ketiga: Berlebihan dalam makan
Keempat: Berlebihan dalam bergaul

Wallahualam...


Misteri Kehebatan Teknologi Zaman Nabi Nuh Yang Cuba Dirungkai

Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yang lepas. Firaun-firaun Mesir hanyalah membaik pulih sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka. Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi ia terlalu lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat dunia. Anda boleh tonton filem 10000 B.C dimana terdapat kaum yang membina Piramid ditengah-tengah padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang hal ini. Arkiteknya dalam menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak bintang dilangit dan koordinasi buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga adalah ahli astronomi dan ahli nujum Istana.

Gambaran kerja pembinaan piramid [filem 10 000 BC]

Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit, dan mengarah tepat ke arah kiblat. Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan. Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan Piramid? Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat dilangit. Piramid Mesir adalah petunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah petunjuk arah ke Baitul Makmur di langit. Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia. Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini.

Tidak percaya?. Cuba anda bayangkan kehidupan manusia sebelum berlakunya banjir besar di zaman Nabi Nuh. Bayangkan kehidupan mereka adalah teramat canggih dengan kereta-kereta mewah dan kotaraya-kotaraya bercahaya serta pesawat-pesawat terbang seperti UFO yang bersimpang siur di udara. Setiap rumah terdapat sistem komputer yang canggih dan kemudahan internet kelajuan tinggi. Tetapi adakah semua itu berguna setelah banjir besar melanda seluruh dunia. Tidak, tidak sama sekali. Nabi Nuh terpaksa memuatkan kapalnya dengan manusia, haiwan-haiwan yang berpasangan serta spesis-spesis tumbuh-tumbuhan yang terpilih. Di sini kita dapat mengetahui bahawa 'profesion' Nabi Nuh bukan sahaja seorang pengembang agama tetapi juga pakar sains zoologi yang handal.


Nabi Nuh boleh membina kapal yang teramat besar hanya berbekal pengikut yang tidak sampai 100 orang? Fikirkan. Seratus (100) orang itupun ada yang wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk membina bahtera Nabi Nuh teramatlah sedikit. Malahan pula, para pengikut Nabi Nuh as terdiri daripada orang miskin yang lemah dan melarat sahaja. Nabi Nuh juga telah membina kapalnya dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat mengatakan dalam beberapa minggu sahaja). Misteri ini benar-benar memeningkan pengkaji malah ada juga pengkaji Barat yang mendakwa bahawa, Bahtera Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing. Sebenarnya kita tidak akan hairan dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu jika kita membayangkan kemajuan manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada masa kini sekurang-kurangnya. Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh membina bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan mesin-mesin yang canggih dibantu sistem perkomputeran yang termaju.

Masih tidak percaya?. Jika kita lihat pada kronologi kemajuan manusia, kita boleh melihat logik atau tidak kenyataan ini. Biar kita ambil jangkamasa dari lahirnya Nabi Isa mengikut kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga 2009 Masehi. Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi Isa hidup. Bagaimana kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas kelahiran Nabi Isa? Berapakah jangkamasa Adam manusia pertama sehingga peristiwa Banjir Besar di zaman Nabi Nuh. Katakanlah lebih kurang 2000 tahun (ini anggaran yang amat minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertama turun ke Bumi sehingga Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu tahun), maka logiklah kemajuan manusia mencapai tahap terhebat dan maju ketika Banjir Besar.

Mayat bergelimpangan di Kota Kuno Mohenjo-Daro mengandung radioaktif

Maka jika berfikir seperti ini, kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah seperti Atlantis dan Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang seperti UFO. Peperangan juga melibatkan kuasa nuklear seperti kesan-kesan yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa.

Tetapi adakah semua kemajuan itu berguna berguna apabila tibanya bala bencana? Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang musyrik yang mengingkari perintah Allah SWT setelah hanyut dalam arus kemajuan material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan. Manusia ketika itu semakin rakus dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara terang-terangan. Tidak hairan jika terdapat parti bogel di sana-sini. Pesta-pesta mandi buih acapkali diadakan di festival-festival besar. Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan seringkali diakhiri dengan pesta seks yang menghairahkan dihadapan sembahan-sembahan berhala yang mereka pertuhankan. Dakwah Nabi Nuh dikesampingkan walaupun sering keluar di media-media antarabangsa.

Bateri Baghdad yang ditemui oleh ahli arkeologi Austria

Mungkin anda berasa lucu dengan senario yang dipaparkan di sini. Ini kerana anda memikirkan Nabi Nuh hidup seperti orang gua, bercucuk tanam dan mengembala kambing sahaja. TIDAK SAMA SEKALI. Lihatlah lukisan-lukisan misteri di dinding kuil-kuil Firaun yang menceritakan satu mitos purba tentang penghasilan tenaga elektrik siap dengan lukisan kabel bawah tanah dan filemen elektrik. Penemuan bateri purba di Iraq dan cakera padat purba Dropa (sehingga kini tidak diketahui sama ada ia berbentuk CD, CD-RW, DVD, DVD-RW atau sebagainya) di China.


 Carkera padat purba yang ditemui di China

Dan yang paling menggemparkan adalah penemuan loji nuklear berusia lebih 2 juta tahun di Oklo, Afrika! Apakah maksud semua ini? Berapa umur Bumi sebenarnya? Berapa umur umat manusia sebenarnya?. Kita tidak boleh menganggarkannya berdasarkan kajian Barat (buku rujukan sejarah di Malaysia banyak merujuk kepada sumber Barat) yang dipengaruhi oleh The Hidden Hand seperti Illuminati dan Freemason. Mereka sebenarnya mempunyai sebab untuk mengelirukan umat manusia. Segala kenyataan sebenarnya amat jauh dari apa yang kita dapat bayangkan.


Maka setelah Banjir Besar, para pengikut Nabi Nuh pun bertebaranlah di muka bumi sehelai sepinggang setelah meninggalkan kehidupan moden dan canggih mereka ditelan banjir. Mereka kembali menjadi orang gua dan mula berburu, bercucuk tanam dan mengail ikan.

Seperti yang dirakamkan di dalam Al-quran: 
Apakah mereka tidak memperhatikan beberapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai yang mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain. 
Qs.Al-An'am: 6
Di waktu-waktu malam mereka mungkin berkumpul di tepi unggun api sambil mendengar cerita orang-orang tua dikalangan mereka mengenai kehidupan moden dan canggih mereka suatu ketika dahulu seperti menaiki bas dan komuter (kebanyakan pengikut Nabi Nuh adalah miskin) dan ada juga yang pernah menaiki kereta. Mereka juga mungkin menceritakan bangunan-bangunan tinggi dan komputer.

Betapa kukuhnya binaan bahtera Nabi Nuh as ini, hinggakan binaan asalnya masih kukuh hingga kini. Gambar diatas (atas sekali) adalah satu sudut dalam bahtera Nabi Nuh, manakala gambar dibawah pula ialah bahan besi yang diperolehi daripada struktur bahtera tersebut. Gambar tersebut diiambil setelah kumpulan arkeologi dari Turki dan China berjaya memasuki bahtera Nabi Nuh as yang terdampar di puncak Gunung Ararat di Turki.

Wallahualam...

Monday 19 September 2011

Berterima Kasih Pada Allah

Kita percaya dan yakin bahawa yang menciptakan kita, yang menghadirkan kita, yang membuat kita ada sampai sekarang adalah Allah, Hanya Allah. walaupun apa yang telah kita tempuh ini selama ini merupakan kerja keras kita, orang tua kita, tapi semua itu tidak lepas dari campur tangan Allah. Tidak meleset dari kitab Luh Mahfuz yang telah digariskan oleh Allah. dari semua yang kita dapatkan, kita peroleh, kita nikmati selama ini, pernahkah tersirat bahawa semua ini adalah kurnia Allah, kehendak Allah dan pernahkan kita bersyukur?, berterima kasih kepada Allah atas apa yang telah digariskan oleh Allah swt tersebut.


Kita bersyukur atas kurnia Allah tidak hanya sebatas dari materi, tidak hanya sebatas keberhasilan semata, tidak hanya sebatas kenikmatan dan kekayaan yang kita terima. kita seharusnya juga bersyukur atas jiwa dan raga yang selama ini kita gunakan. sedarkah kita bahawa kurnia terbesar dari Allah swt. adalah diberikannya kesempatan kepada kita untuk bisa bernafas sampai detik ini, nafas ini tidak boleh dibeli, bayangkan bila kita tidak boleh bernafas, maka semua harta, pangkat, keberhasilan, dan semua kenikmatan tidak boleh kita rasakan lagi.


Pernahkah kita bersyukur bahawa selama ini kita telah menggunakan jasad pinjaman dari Allah untuk kepentingan kita, pernahkah pula kita minta izin kepada Allah untuk memakai anggota tubuh kita ini untuk kepentingan kita. baik itu untuk kepentingan peribadi, ibadah, untuk kebaikan atau untuk kejahatan. tangan, kaki, mata, hidung, telinga, mulut, semua ini adalah milik Allah, bukan milik kita. makanya digambarkan kehidupan didunia ini adalah sementara. Kehidupan sebenarnya yang kekal, abadi, adalah kehidupan setelah mati. untuk itu sebaik baiknya manusia adalah mereka yang bisa mensyukuri nikmat Allah, kurnia Allah dan tidak pernah lupa kepada Allah.
Jangan hanya kepada manusia saja kita berterima kasih, jika kita terima wang dari seseorang kita mengucapkan terima kasih, kita diberi makanan jiran tetangga kita ucapkan terima kasih, kita jatuh terus dibantu orang untuk berdiri, lihat sendiri bila kita diberikan sesuatu dari seseorang dan kita lupa dan tidak berterima kasih, apa tanggapan mereka? insya Allah keluar kata kata, dasar tidak tau balas budi, dasar tidak tahu berterima kasih, dasar orang sombong.
tetapi ketika kita sembuh dari sakit, ketika kita diselamatkan dari bencana, ketika kita gunakan semua anggota tubuh ini untuk kepentingan kita, kita tidak pernah mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada Allah.
Sedarkah kita bahawa Allah menjaga kita siang dan malam, menjaga kita 24 jam. Allah melayani kita baik saat kita sedar atau ketika kita tidur, ketika kita ingin melangkahkan kaki, Allah menggerakkah kaki kita, ketika kita ingin memegang sesuatu – Allah pun menggerakkan tangan kita, ketika kita ingin merasakan makan – Allah membantu kita memasukkan sampai kedalam perut kita sehingga kita bisa merasakan kenyang. kita ingin buang air, Allah mengeluarkannya dari tubuh kita, apa jadinya bila Allah ambil semuanya……..
kita tidak bisa buang air
kita tidak bisa menggerakkan tangan kita
kita tidak bisa menggerakkan kaki kita
kita tidak bisa merasakan makanan
subhanallah… maha besar Allah….
bagaimana cara berterima kasihnya….
Allah maha mengetahui, Allah maha mendengar, dengan mengucapkan syukur alhamdulillah bisa …
tapi tidak hanya syukur dimulut, tetapi dirasakan dalam hati, tidak hanya diucapkan tetapi dihayati, dirasakan sampai didalam hati, dalam rasa kita.
akan lebih baik lagi bila kita bersyukur dengan memperbaiki kualitI ibadah kita, meningkatkan kekusyukan dalam solat wajib, meningkatkan solat dan ibadah sunnah. dengan berdzikir. dll.

Insya Allah...

Sunday 18 September 2011

10 wasiat As-Syahid Imam Hassan al-Banna

1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun. 
2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah. 
3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus_hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam. 
4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan. 
5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram. 
6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara. 
7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang. 
8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.
9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan. 
10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

Marilah sama-sama kita memuhasabahkan diri..Wallahualam..

Monday 5 September 2011

Istimewanya Solat Berjemaah


Solat adalah perkara yang paling istimewa..Solat juga adalah amalan pertama yang akan di soal oleh Allah s.w.t di akhirat kelak..Solat/Sembahyang adalah yang paling istimewa di dalam Islam dan Solat juga adalah membezakan antara orang Mukmin dan orang Kafir..


Firman Allah " sesungguhnya solat itu di wajibkan ke atas orang-orang mukmin pada waktunya" (An Nisa : 103)

Solat Jemaah
Jemaah yang di maksudkan adalah sekumpulan atau beramai ramai..Solat berjemaah ialah solat melebihi pada seorang.Seorang imam dan seorang makmum,jika bertambah bilangan makmum makin bertambah fadhilatnya



Solat berjemaah akan mendapat 27 darjat pahalanya berbanding solat berseorangan.
Sehari ada 5 waktu solat.
  • Berjemaah (5 waktu x 27 darjat =135 )
  • Bersendirian ( 5 waktu x 1 darjat =5)
  • Contoh...Jika di tukarkan kepada duit..sesorang yang solat berjemaah pada setiap waktu akan mendapat pendapatan RM135 sehari..orang yang bersolat bersindirian akan mendapat hanya RM5 sehari..


Solat berjemaah di titiberatkan oleh Rasulullah S.A.W kerana  :
  • Membangkitkan perpaduan ummah.
  • Tidak akan berjaya seseorang tanpa bergerak dalam kumpulan yakni berjemaah.
Di riwayatkan dari Imam Al Bukhari dan Muslim..Rasulullah mengancam hendak membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah..

Hadis-hadis nabi tentang solat berjemaah..

Dari Umar bin Khathab, dari Nabi s.a.w sesungguhnya baginda bersabda “ Barangsiapa solat di suatu masjid dengan berjemaah selama 40 hari dengan tidak pernah ketinggalan rakaat yang pertamanya dalam solat isyak, maka Allah akan menuliskan untuk dirinya pembebasan dari api neraka .” ( HR Ibnu Majah )


Dari Usman, ia berkata : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : “ Barangsiapa solat isyak dengan berjemaah, maka ia laksan solat malam setengah malam. Dan barangsiapa solat subuh dengan berjemaah, maka ia laksana mengerjakan solat malam sepanjang malam .”( HR Muslim dan lafaz ini ada pada sisinya)