Sunday 29 May 2011

Penipuan Terbaru Untuk Menghancurkan Dunia : WW3 ?



Berita terbaru dari Wikileaks melaporkan yang pejuang-pejuang Al-Qaeda ada memiliki senjata Nuklear ?




APAKAH MUSLIHAT DISEBALIK LAPORAN TERBARU WIKILEAKS NI..?

Tidak cukupkah membohongi dunia dengan peristiwa 9/11? Kegilaan USA semakin menjadi-jadi selepas kemaruk minyak Arab kini membuka dusta baru untuk mengharuskan nyawa orang Islam. Bukankah Osama itu adalah watak ciptaan CIA sendiri? 


Laporan WikiLeaks: Kelompok pejuang al-Qaeda mendakwa memiliki senjata nuklear dan tidak ragu-ragu menggunakannya jika pemimpin mereka, Osama bin Ladin ditangkap atau dibunuh oleh Amerika Syarikat. Belum diketahui persis di mana senjata nuklear al-Qaeda disimpan, tetapi dilaporkan berada di Eropah.

Hal ini diungkapkan oleh hasil interogasi terhadap tahanan al Qaeda di Guantanamo yang membocorkan data rahsia di laman web pembocor, WikiLeaks, seperti yang dilaporkan oleh surat kabar The Telegraph, Isnin ini, 25 April 2011.


Berita pengganas nuklear al-Qaeda ini disampaikan oleh Khalid Sheikh Mohammed, komandan operasional al-Qaida yang ditahan di Guantanamo dan akan diadili tahun ini atas peranannya sebagai dalang serangan 11 September 2001. Dia mengatakan mereka memiliki fasiliti nuklear yang tersembunyi di suatu tempat di Eropah.

Mohammed mengatakan bahawa nuklear itu akan meledak jika Osama bin Ladin ditangkap atau dibunuh. Dia menjelaskan al-Qaeda akan melancarkan serangan "neraka nuklear" ke seluruh dunia jika hal itu terjadi.


Ini bukan ancaman kosong, menurut dokumen WikiLeaks, intelijen AS telah mengungkapkan pembelian percobaan bahan baku nuklear oleh al-Qaeda. Diperkirakan kelompok militan ini juga memiliki uranium, bahan utama dari tenaga nuklear.


Mohammed juga mengungkapkan al-Qaeda telah merancang serangan besar-besaran di negara-negara besar di Asia, Afrika, Amerika Syarikat, dan Britain. Sebagian besar perencana serangan kini menjadi tahanan di Guantanamo.


Adakah suatu kebetulan atau perancangan apabila laporan berita dari kabel bocor seperti Wikileaks mengenai pemilikan senjata Nuklear beserta ancaman mengebom kepentingan-kepentingan USA seandainya ketua mereka ( al-Qaeda ) iaitu Osama bin Laden ditangkap atau dibunuh keluar seminggu sebelum berita pembunahan Osama bin Laden di Pakistan oleh tentera marin USA pada tanggal 1 Mei 2011 ?

Sesuatu yang tidak masuk akal sama sekali. Apa yang menghairankan ramai juga yang terpedaya dengan pembohongan sebegini. USA sememangnya Raja Pendusta. Mewajarkan tahanan Guantanamo dan serangan terhadap negara islam. 

Berhati-hatilah atas berita ini, USA sudah bersedia melancarkan bom NUKLEAR keatas sasaran (mungkin negaranya sendiri) untuk memulakan perang nuklear dan menghapuskan sebilangan besar penduduk dunia. Al-Qaeda dan Islam akan dipersalahkan. Mereka terus merancang dan membuat pembohongan demi pembohongan. Mererka sediakan maklumat palsu untuk melaksanakan operasi sulit yang telah mereka rancangkan seperti juga peristiwa 9/11.


Saturday 28 May 2011

Keajaiban Manusia Akhir Zaman




Apakah keajaiban manusia-manusia dan umat Akhir Zaman ? Kadang-kadang kita kurang peka untuk menilainya sehingga kita melihat semuanya dalam keadaan baik. Namun, bila kita teliti dengan mendalam, kita akan menjumpai banyak keajaiban dan keanehan dalam kehidupan manusia akhir zaman ini. Keajaiban yang dimaksudkan di sini bukan berkaitan dengan persitiwa alam seperti gempa bumi, tsunami dan sebagainya, atau kejadian yang pelik lainnya. Tetapi mengenai cara berfikir manusia di akhir zaman ini.



Berikut adalah sebagian kecil dari sifat-sifat manusia sekarang ini. Di antaranya : 


Bila seorang ketua atau pemimpin melakukan korupsi berbilion dan bahkan trilion dollar, maka mahkamah dengan mudah mengatakan kes tersebut tidak mempunyai bukti untuk menahan dan mengadilinya.



Namun, bila yang mencuri itu seorang nenek atau masyarakat bawahan (lemah), dengan mudah dia ditangkap, didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara, sedangkan mereka hanya mengambil sekeping roti, itupun kerana lapar.



Bila ada individu atau kelompok dengan jelas memperlecehkan ajaran Islam, Tuhan, Kitab Suci dan Rasulnya, di negara-negara Islam, maka dengan bersengaja orang mengatakan itu adalah kebebasan berpendapat, berekspresi dan kepelbagaian menafsir ilmu agama.




Namun, apabila ada khatib, ustaz atau masyarakat Muslim mengajak jamaah dan umat Islam untuk konsiten mengamalkan ajaran agamanya, maka orang dengan mudah menuduhnya sebabai khatib, penceramah atau ustaz yang keras dan tidak mampu berdakwah dengan hikmah, dan dicurigai sebagai seorang pengganas.


Apa saja yang dicatatkan dalam buku-buku moden barat,surat khabar dan majalah, dengan mudah orang mempercayainya. Membaca dan mempelajarinya dianggap lambang kemajuan.
Malah, sesetengah masyarakat moden ,ada juga yang mempelajari catatan didalam kitab Al-Qur'an


Akan tetapi, apa yang tercantum di dalam Al-Qur’an belum tentu dipercayai dan diyakini kebenarannya, walaupun mengaku sebagai Muslim. Padahal Al-Qur’an itu Kalamullah (Ucapan Allah) yang tidak diragui lagi. Kebenarannya sudah teruji sepanjang masa dari setiap sudut ilmu pengetahuan. Akhir-akhir ini muncul anggapan bahawa mengajarkan Al-Qur’an membuatkan seseorang menjadi pengganas.




Sebilangan besar masyarakat termasuk yang mengaku Islam, yakin dan bangga dengan sistem hidup ciptaan manusia (jahiliyah), walaupun sistem yang mereka yakini dan banggakan itu menyebabkan hidup mereka tidak tenang dan mereka selalu menghadapai perbagai kezaliman dan ketidak adilan dari para pemimpin mereka. Mereka masih boleh berkata : inilah jalan hidup yang sesuai dengan akhir zaman.
Namun, bila ada yang mengajak dan menyeru untuk kembali kepada hukum Islam, maka orang akan menuduh ajakan dan seruan itu adalah tidak sesuai di zaman moden, kekerasan dan keganasan, padahal mereka tahu bahawa Islam itu diciptakan oleh Tuhan Pencipta mereka (Allah) untuk keselamatan dunia dan akhirat dan Allah tidak menzalimi hamba-Nya.


Ketika seorang Yahudi atau agama lain memanjangkan janggutnya, orang akan mengatakan dia menjalankan ajaran agamanya.

Namun, jika seorang Muslim memelihara janggutnya, dengan mudah orang menuduhnya fundamentalis atau teroris yang dicurigai, khususnya ketika berada di tempat-tempat umum seperti hotel dan sebagainya.

Ketika seorang Biarawati memakai pakaian yang menutup kepala dan tubuhnya, orang akan mengatakan bahawa dia sedang menjalankan ajaran agamanya.


Namun, apabila wanita Muslimah menutup auratnya dengan jilbab atau hijab, maka orang akan menuduh mereka terkebelakang dan tidak sesuai dengan kehidupan zaman moden. Padahal yang menuduhya itu adalah para pendokong demokrasi, yang mempunyai prinsip setiap orang bebas menjalankan keyakinan masing-masing.

Bila wanita Barat tinggal di rumah dan tidak bekerja kerana menjaga rumah dan mendidik anaknya, maka orang akan memujinya kerana dia rela berkorban dan tidak bekerja demi kepentingan rumah tangga dan keluarganya.

Namun, bila wanita Muslimah tingal di rumah menjaga harta suaminya,  mendidik anaknya, maka orang akan menuduhnya diri perempuan itu dijajah dan harus dimerdekakan dari dominasi kaum lelaki.









Setiap mahasiswi Barat bebas ke kampus dengan memakai pakaian yang disukainya, dengan alasan itu adalah hak asasi mereka dan kemerdekaan mengekpresikan diri.


Namun, bila wanita Muslimah ke kampus atau ke tempat kerja dengan memakai pakaian menutup aurat, maka orang akan menuduhnya berfikiran sempit dan tidak sesuai dengan peraturan kampus atau tempat kerja mereka.


Bila anak-anak mereka sibuk dengan berbagai macam mainan yang mereka ciptakan, mereka akan mengatakan ini adalah untuk mengasah bakat, kecerdasan dan kreativiti anak tersebut.

Namun, bila anak Muslim dibiasakan mengikuti pendidikan agamanya, maka orang akan mengatakan bahawa pendidikan seperti itu tidak mempunyai harapan dan masa depan.

Ketika Yahudi atau Nasrani membunuh seseorang, atau melakukan serangan ke negeri Islam khususnya di Paestin, Afghanistan, Iraq dan sebagainya, tidak ada yang mengaitkannya dengan agama mereka. Bahkan mereka mengakatakan itu adalah hak mereka dan demi menyelamatkan masyarakat Muslim di sana.


Akan tetapi, apabila kaum Muslim melawan Yahudi untuk mempertahankan Palestin, atau Amerika di Iraq dan Afghanistan, mereka pasti mengaitkannya dengan Islam dan menuduh kaum Muslim tersebut sebagai pemberontak dan pengganas.
Bila seseorang mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan orang lain, maka semua orang akan memujinya dan berhak mendapatkan penghormatan.


Namun, bila orang Palestin melakukan perkara yang sama untuk menyelamatkan anaknya, saudaranya atau orang tuanya dari keganasan tentara Israel, atau menyelamatkan rumahnya dari kehancuran serangan roket-roket Israel, atau memperjuangkan masjid dan kitab sucinya dari kerakusan pasukan Yahudi, orang akan menuduhnya pengganas. Kenapa? Kerana dia adalah seorang Muslim.


Bila anak-anak Yahudi diajar perang dan menggunakan senjata untuk membunuh kaum Muslimin Palestin, maka orang akan mengatakan bahawa apa yang mereka lakukan itu adalah untuk membela diri mereka.

Namun, bila anak Palestin belajar melomparkan batu menghadapi tentera Yahudi yang dilengakapi dengan kereta kebal dan senjata canggih lainnya ketika menghancurkan rumah, masjid dan kampung mereka, maka orang akan menuduh mereka melakukan kejahatan dan perlu ditangkap, dipatahkan tangannya dan dipenjarakan bertahun-tahun lamanya.

Inilah sekelumit keajaiban manusia di akhir zaman ini. Bolehkah kita menentukan yang baik dan yang jahat, atau kita akan menjadi korban keajaiban akhir zaman?




Thursday 26 May 2011

"Tasik Tiberias" semakin kering petanda munculnya DAJJAL ?

Dibawah ini saya selitkan beberapa keterangan yang ditulis oleh penganalisis barat yang saya pasti tidak memihak atau prejudis terhadap hari kemunculan Dajjal dan Isa al Masih di akhir zaman.  Selepas itu kita dihidangkan pula dengan sebuah rencana yang akan "memeranjatkan" kita kedudukan sebenar kisah sebalik "tasik Tabariyyah" ini.

Using the rate of evaporation formula, can anyone estimate when Lake Tiberias will be dry?


Lake Tiberias in Palestine is Evaporating. I would like to know a scientific estimation of when it is expected to be dried out at its current rate and at the rate of progression. 

ANSWER:
The lake's level is dropping due to a combination of water usage by Israel, drought (5 yearsor so), and evaporation.

But, the lake will never be totally dry, due to the salt water springs that feed brackish-saline water into the bottom of the lake. This salt water is currently held down by the weight of the fresh water above it. The two types of water are kept separated by their density gradient, salt water being heavier and denser will naturally tend to stay at the bottom of the lake. If too much freshwater is removed or evaporated from the lake though, the salt waters could begin mixing with the surface fresh water and make the lake useless for humans without the use of desalination plants and also killing off the freshwater life forms in the lake. Once it becomes a salt lake, it will stay a salt lake.

Source(s):



Tasik Tiberias (Galilee) kering, masa untuk dajjal munculkan diri


Tatkala Keringnya Tasik Galilee, Turunlah Nabi Isa ke Bumi (benarkah bakal berlaku tak lama lagi?? AL-QURAN & HADIS membuktikannya)

oleh Zameer Fisabilillah
Kenapa kita perlu meninjau kepada paras air di Tasik Galilee? Apa istimewanya Laut ini kepada kita orang Islam? Saya cuba mendapatkan beberapa pandangan dari beberapa sumber yang saya kira boleh dikongsi untuk kebaikan kita semua. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan penulis ini sendiri. Insya Allah…..
Assalamualaikum semua wahai hamba Allah s.w.t. yang sedang membaca berita bermanfaat ini menerusi alam maya. Salam peringatan dari saya kepada semua sahabat dunia dan akhirat.
Hari ini saya akan dedahkan secara terbuka kepada semua pembaca mengenai Tasik Galilee, sebuah tasik yang dikelilingi darat sedang pun mengering dengan derasnya ketika ini. Nama lain bagi tasik ini ialah:
- Lake of Gennesaret
- Lake Kinneret
- Sea of Tiberias

Ada satu hadis sahih yang saya sengaja tidak tunjukkan di sini, hadis itu memberitahu saya dan anda semua, bahawa apabila keringnya tasik ini maka tunggulah kamu akan turunnya Al-Masih Isa, itulah saatnya dan perhatikanlah tasik ini sebagai antara sempadan begitu hampirnya tanda-tanda besar. Carilah hadis sahih ini sampai dapat, dan bila anda tahu dan menjumpai hadis ini, pada ketika anda tahu itu, anda pasti dalam ketakutan yang amat sangat. Apa yang menjadi kerisauan saya sekarang ialah tasik ini sudah pun kering dengan derasnya setiap hari turun beberapa milimeter sejak tahun 2000 masihi lagi dan 10 tahun telah pun berlalu…
Saudara serumpunku, anda semua harus beringat, bila tasik ini kering, maka itulah saat di mana Nabi Isa a.s. akan turun ke planet bumi untuk membantu Imam Mahadi, memburu Dajjal ke seluruh pelusuk bumi.
Saya ingatkan lagi, hadis ini amatlah sahih, sedangkan tiada satu pun ulamak di Tanah Melayu berani membongkar hadis sahih ini, dengan kata lain, mereka tahu tapi mereka kurang keberanian kerana hakikat itu jelas, Tasik Galilee sedang kering dengan lajunya, dan mengikut kajian sains, tasik ini akan kering dalam tempoh masa 50 tahun sahaja dan menemui dasar permukaan bawahnya, dan ketika itulah Nabi Isa turun dan anda semua perlu faham, sebelum Nabi Isa turun dalam tempoh 50 tahun akan datang (plus-minus), sudah pastilah proses-proses untuk menjadi asbab perlunya baginda turun, asbab itu mestilah terjadi. Ini bermakna wahai saudaraku sekalian, proses ini “sepatutnya” sudah berlaku:
- Tasik Galilee sedang mengering dengan derasnya setiap hari…
- ini bermakna sistem dajjal akan mencapai kemuncaknya (yang membolehkan dajjal muncul dengan sempurna)
- bila dajjal akan keluar itu kita tak pasti, namun semua tanda kecil & fitnah yang membolehkan dia keluar itu sudah pun wujud di sekeliling kita, benarkan???
- anda kena faham, banyak hadis sahih mengatakan pemuda dari timur yang dilantik menjadi Imam Mahadi adalah dalam sekitar umurnya mencecah 40 tahun….
- dan ini bermakna saya amat yakin, bahawa Imam Mahadi dari timur itu sudah pun berada di kalangan kita, samada baginda di saat ini baru dilahirkan? atau masih kanak-kanak? atau sedang belajar di sekolah menengah, atau pun sedang dalam alam remaja, kita tak pasti…
- Ingatlah, saya menyampaikan mesej ini di dalam alam maya tidak lain tidak bukan, ingin mengajak anda semua melangsaikan hutang secepat mungkin sebelum nibiru melintasi orbit kita, kerana atas sebab lintasan itulah, maka gerhana matahari & gerhana bulan akan berlaku serentak.
dan kamu wahai orang muslim, tentu di saat itu sedar, bahawa pada masa 2-3 tahun lepas, ada manusia pernah memberitahu anda tentang hal ini, namun anda mungkin terlambat dan mengabaikannya di saat itu…
- dan kerana itulah saya hadir untuk menyedarkan ramai saudara-saudaraku, rakan-rakan, semua hamba Allah dan ramai dari mereka sebelum saat itu tiba, menjelma tanpa kita duga…
Ingatlah saudara-saudara ku… Mereka bertiga akan muncul selang silih berganti sahaja, dan mereka bertiga berkongsi gelaran yang sama, mereka bertiga adalah manusia belaka. Dua daripada mereka mendapat rahmat berupa umur yang panjang, sedangkan satu daripada mereka bertiga berumur pendek tetapi dapat memimpin dunia.
Ketahuilah mereka bertiga ialah:
- Al Masih Imam Mahadi
- Al Masih Dajjal
- Al Masih Isa
Ingatlah kawan-kawan… sekiranya umur anda adalah sekitar 20-an 30-an (pada hari ini), percayalah, dalam tempoh 50 tahun ini sahaja, semua tanda-tanda untuk munculnya tanda-tanda besar, pasti 100% muncul di zaman anda, samada anda ditakdirkan untuk mati sebelum peristiwa itu muncul, atau anak-anak anda yang bakal berhadapan dengan ujian itu. Ketahuilah, Tasik Galilee sudah pun mulai mengering sejak tahun 2000 Masehi lagi, dan proses pengeringan ini amat dahsyat sehingga yahudi di Israel meminta bantuan dunia untuk menaikkan kembali aras Tasik Galilee ini dan 10 tahun sudah pun berlalu, ada baki lagi 40 tahun (plus-minus) sebelum turunnya Nabi Isa ke planet bumi, dan anda harus ingat!!!
Sekali lagi saya ingatkan anda,bila Nibiru melalui nanti (diteorikan), 2 gerhana planet akan berlaku (diselidiki), iaitu bulan dan matahari (dari pandangan mata di permukaan bumi),dan teori 2 gerhana pada tahun 80-an “akan bergabung” teori gerhana tahun 2012,dan sekiranya teori ini benar-benar berlaku, maka sahlah dan lengkaplah semua tanda-tanda kecil, dan kehadiran tanda-tanda besar pasti berlaku tanpa anda jangka.
lanet Nibiru (Planet-X) adalah planet yang dimaksudkan oleh Rasulullah ï·º sebagai dua gerhana berlaku serentak yang memancarkan cahaya merah ke bumi. Planet Nibiru ini tidak menghentam bumi tetapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan menjahanamkan semua PANCARAN API yang terdapat pada bumi. TANDA-TANDA BESAR KIAMAT? OBJEK MERAH KELIHATAN DI LANGIT. Planet ini hanya akan lalu di antara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari. Sekiranya kehadiran planet besar ini melintas di antara orbit bumi & matahari, gelombang-gelombang pancaran akan keluar, dan menjahanamkan semua sistem-sistem dunia yang menggunakan elektronik atau pancaran api. Ini bermakna, apa sahaja jentera langit dan bumi, asalkan yang mempunyai saluran elektrik, akan dengan sendirinya tidak berfungsi, satelit, jet pejuang, kapal laut enjin fuel system, kereta api, motorsikal, kereta kebal, laptop, tenaga elektrik, handphone, playstation tidak akan berfungsi lagi, dan anda akan kembali ke zaman sebelum tibanya elektrik. Itu pun sekiranya anda masih hidup hasil dari peristiwa ini, kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap pada 2012 hasil dari tindak balas berbahaya antara bumi dan Planet-X.
Benarlah kata-kata RASULULLAH s.a.w bahawa satu hari nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil back to ancient berlaku di mana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno, menunggang kuda sebagai satu medium pengangkutan…bersedialah kita umat Islam…ALLAHHUAKBAR……
KAJIAN SAINS: Setelah saya membuat kajian, sekiranya kehadiran planet besar ini dan melintas di antara orbit bumi & matahari, gelombang-gelombang pancaran akan keluar, dan menjahanamkan semua sistem-sistem dunia yang menggunakan elektronik atau pancaran api. Anda akan kembali ke zaman sebelum tibanya elektrik. Ini pesanan saya lagi…
Tiada satu hadis pun menerangkan yang manusia akhir zaman berperang dengan alat-alat yang selain pernah nabi sendiri gunakan
Sekiranya kajian saya di atas berpandukan hadis, maka sudah tentulah bahawa apa sahaja teknologi moden hari ini, persenjataan tercanggih, akan menjadi tidak aktif dan hancur dari dunia ini… Maka hidup anda selepas peristiwa besar ini berlaku, adalah satu kehidupan di mana anda bakal hidup di zaman sebelum hadirnya elektrik, manusia akan kembali kepada fitrah semula, dan mana-mana manusia yang tinggal di bandar, adalah manusia yang paling rugi di kala itu kerana bandar yang duduki itu sedang tenggelam, kerana itulah kita kena bina perkampungan Muslim seperti banyak yang ada di Tanah Melayu…
Saya berpesan kepada anda sekali lagi,gunakan duit anda untuk:
- melangsaikan hutang dunia
- membeli tanah di kawasan pedalaman
- menguasai sungai-sungai dan pinggiran gunung
- membeli kuda seorang dua ekor
- mengasah pedang dan mencanai keris.
- menguasai kembali teknik MEMANAH.
- dan kembali mengajar anak-anak anda semua berenang.
Ketahuilah, kita ada tak sampai 40 tahun sahaja lagi sebelum Tasik Galilee kering sepenuhnya, kita ada hanya purata 40 tahun sahaja lagi sebelum turunnya Nabi Isa ke planet Bumi ini, dan anda kena faham lagi sekali,sebelum Nabi Isa itu turun, sudah pastilah Imam Mahdi itu sudah pun ada di keliling kita, dan sudah pastilah peperangan besar pasti terjadi,dan sudah semestinya lah akibat perang itu, dengan sebab sistem yang lengkap di sekeliling kita menyebabkan Dajjal itu pasti juga akan keluar, ya kawan-kawan… dajjal akan muncul dulu sebelum turunnya Nabi Isa, dan Imam Mahdi akan muncul dulu sebelum Dajjal keluar dari Khurasan, sekali lagi saya ingatkan, anda hanya ada 40 tahun lebih sahaja sebelum 1 tanda besar pertama keluar, bila satu tanda besar keluar, perhatikan sekeliling anda, semua tanda-tanda kecil sudah lengkap kan? Bila satu tanda besar keluar, akan datang tanda-tanda besar seterusnya tanpa ragu-ragu…
Dan ingatlah wahai Muslimin, doa Nabi Ibrahim makbul sehingga akhir zaman, dari susurgalur bagindalah berakhirnya Rasul terakhir Nabi Muhammad,dari susurgalur Nabi Muhammad lah, akan munculnya pemuda bernama Muhammad Bin Abdullah (di zaman kita “mungkin”), yang mana dia sendiri tak tahu dia adalah bakal Imam Mahdi, percayalah bahawa di dalam darahnya ada kombinasi DNA Nabi Ibrahim & DNA Nabi Muhammad, kerana mereka berdua dari keturunan yang sama, sedangkan Mahadi adalah waris dari keturunan yang tak pernah meninggalkan solat, carilah balik doa Nabi Ibrahim itu, (ada dalam Al-quran) dan kerana itulah, solat 5 Waktu di tahiyat akhir, kita akan selalu bacakan nama 2 Nabi itu.
Pesanan Terakhir, langsaikan hutang secepat mungkin, tinggalkan bandar kalau anda sudah ada tanah baru di pedalaman, kumpulkan kain-kain yang tahan lama, ternak dan gembala kambing, ajar anak-anak menunggang kuda, simpan cermin mata anda sebaik mungkin, banyakkan mencetak sebelum tibanya hari tiada elektrik, banyakkan menulis dan berpesan pada jiran sebelah, latihkan anak-anak Melayu kita dengan kemahiran memanah, banyakkan berenang di waktu petang, minta maaf pada saudara-saudara terdekat dan saudara-saudara jauh, kita kena cepat minta maaf (kerana apa pun boleh jadi bila Dajjal menguasai hari ini
Jika perlu,sila sebar-sebarkan nasihat di atas kepada semua Muslimin yang pandai berbahasa Melayu.





Peristiwa Tamim ad-Dari disebutkan dalam Sahih Muslim:
Telah menyampaikan kepada kami Ibnu Buraidah dari Amir bin syurahbil asy-Sya, kabilah Hamdan, bahawa ia pernah bertanya kepada Fatimah binti Qais dan termasuk kelompok perempuan pada hijrah pertama. Amir berkata:” Sampaikanlah kepadaku suatu hadis yang engkau dengar dari Rasulullah s.a.w yg tidak engkau sandarkan kepada sesiapapun selain beliau.” Fatimah berkata:” jika engkau mahu, nescaya aku lakukan.” Amir berkata: Tentu, sampaikanlah kepadaku.”
Fatimah berkata: Setelah menyelesaikan solatnya, Rasulullah s.a.w duduk dimimbar. Sambil tersenyum, beliau bersabda:” Hendaklah setiap orang tinggal di tempat solatnya.” Selanjutnya beliau bersabda:” apakah kamu semua mengetahui sebab aku mengumpulkan kamu?” mereka menjawab: ” Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui.”
Beliau bersabda: “Sesungguhnya aku, demi Allah tidak mengumpulkan kamu semua bukan kerana ada pengharapan ataupun ketakutan. Melainkan, aku mengumpulkan kamu semua adalah kerana Tamim ad-Dari, yg dulunya seorang Nasrani, datang untuk berbai’at masuk Islam. Ia menceritakan kepadaku seperti apa yang telah disampaikan kepada kamu tentang Dajjal. Ia menceritakan kepadaku bahawa ia mengenderai sebuah perahu bersama tiga puluh orang dari Lakhm dan Judzam. Mereka di buai ombak selama sebulan di laut. Lantas mereka berlabuh menuju suatu pulau di laut itu sampai terbenam matahari. Mereka duduk-duduk di pantai dekat perahu. Lalu mereka naik ke pulau itu. Maka mereka didatangi oleh seekor binatang yang banyak bulunya, yang mereka tidak dapat membezakan mana bahagian depan dan mana bahagian belakangnya.
Mereka berkata: ‘Celaka kamu, apakah kamu ini?’ Binatang itu menjawab: ‘Aku adalah Jassasah (mata-mata)’, mereka bertanya: ‘Mata-mata apa?’ Ia menjawab: ‘Wahai kaum, pergilah kepada orang yang berada di dalam gua, kerana ia merindukan berita dari kamu.’
Tamim ad-Dari berkata: ‘Ketika binatang itu menyebutkan kepada kami seseorang, kami meninggalkannya kerana mungkin ia adalah syaitan perempuan.’
‘Lalu kami berangkat segera hingga memasuki gua. Tiba-tiba di dalamnya ada seorang manusia yang paling besar badannya dan diikat dengan rantai yang kuat. Kedua tangan dan lehernya disatukan dan diikat dengan rantai yang kuat. Kedua tangan dan lehernya disatukan dan diikat dengan besi diantara hingga kedua mata kakinya. Kami katakan:
‘Celaka kamu, makhluk apakah kamu ini? Ia menjawab: ‘Kamu semua telah mengetahui perihalku, kini beritahukan kepadaku, siapakah kamu ini?’ Mereka menjawab: ‘ Kami adalah adalah manusia dari Arab. Kami belayar perahu lalu dipukul gelombang laut besar dan ombak mempermainkan kami selama sebulan’. Maka kami duduk-duduk di pantai dekat perahu lalu memasuki pulau ini. Kami didatangi oleh seekor binatang yang berbulu lebat sehinnga tidak diketahui mana bahagian muka dan mana bahagian belakangnya.
Kami bertanya: ‘ Celaka kamu, apakah kamu ini?’ Binatang itu menjawab: ‘Aku adalah mata-mata’ ‘Mata-mata apa?’ ‘Pergilah kepada orang yang ada di dalam gua ini, kerana ia sangat merindukan berita dari kamu semua.’ ‘Maka kami pun segera menjumpaimu. Kami takut pada binatang itu, dan kami tidak tenang jangan-jangan syaitan betina. Orang itu berkata:’ Beritahukan kepadaku tentang kurma Baisan!’ [Nota:Baisan sebuah daerah berada dekat Syam lama dan merupakan salah satu kota di Palestin]. ‘Tentang apakah yang kamu tanyakan?’ ‘aku bertanya kepadamu, apakah pohon kurma itu hampir berbuah?’ ‘ya’ ‘Sesungguhnya pohon kurma itu hampir tidak berbuah’ Lalu ia berkata lagi:’ Beritahukan kepadaku tentang tasik Tabariyyah!’ ‘Tentang apakah yang kamu tanyakan?’ ‘apakah tasik itu masih berair?’ [Nota:Tasik ini besar, luasnya 10x6 batu2. Airnya makin berkurang. Jarak Tasik Tabariyyah dgn Bait al-Muqaddis sekitar 100 batu] ‘Ya, tasik itu masih banyak airnya’ ‘Sesungguhnya air tasik itu hampir habis’ Ia berkata: ‘Beritahukan kepadaku tentang mata air Zughar!’ ‘Mengenai apakah yang kamu tanyakan?’ ‘Apakah mata air itu masih memancarkan airnya dan apakah penduduknya masih bercucuk tanam dari mata air itu?’ [Nota:Melimpahnya air dari mata air Zughar terjadi sekali lagi adalah isyarat dekatnya keluar Dajjal silaknat] ‘Ya, mata air itu masih memancarkan banyak air, dan penduduknya bercucuk tanam dari air tersebut.’ ‘Terangkan padaku tentang nabi yang diutus kepada orang-orang yang buta huruf, apa yang dilakukannya?’ ‘Ia telah keluar dari Makkah menuju Yathrib’ ‘Apakah orang Arab memeranginya?’ ‘Ya’ ‘Bagaimana caranya memperlakukan mereka?’ ‘Ia telah menundukkan orang-orang Arab terdekatnya, sehingga mereka mengikutinya’ ‘Apakah demikian?’ ‘Ya’, Lebih baik dari mereka untuk mengikutinya. Aku akan memberitahukan kepada kamu mengenai diriku. Aku adalah al-Masih Dajjal. Aku hampir akan diizinkan keluar, maka aku akan keluar. Lalu aku akan berjalan di muka bumi. Aku tidak melewatkan suatu kampung melainkan aku akan tinggal di situ selama empat puluh malam kecuali kota Makkah dan Taibah (Madinah). Kedua kota itu diharamkan atasku. Setiap kali aku akan memasuki salah satu kota itu, aku akan dihadang oleh malaikat yang memegang pedang untuk memenggalkan kepalaku. Di setiap celah kedua-dua kota itu dijaga oleh para malaikat. ‘Fatimah berkata:
“Sambil memukulkan tongkatnya pada mimbar Rasulullah s.a.w bersabda: Ini adalah Taibah (kota Madinah), Ingatlah apakah hal itu telah aku sampaikan pada kamu semua?” Orang-orang menjawab: “Benar” Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Sungguh cerita Tamim itu sesuai dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu, juga mengenai kota Makkah dan Madinah. Ketahuilah Dajjal itu berada di laut Syam atau dilaut Yaman, bukan dari timur, bukan dari timur, bukan dari timur, sambil mengisyaratkan tangannya kearah timur” (Lihat Sahih Muslim dengan syarah Imam an-Nawawi, Matba’ah al-Misriyyah, XVIII, hlmn 78-73)

Wallahualam...