Sunday 28 August 2011

Cara Rasulullah Menyambut kedatangan Aidilfitri

Kemuliaan Hari Raya diterangkan di dalam Hadis seperti sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

Daripada Umamah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda :" barangsiapa mengerjakan amal ibadah pada malam Hari Raya Aidilfitri dengan mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati pada hari kiamat sebagai matinya hati orang-orang yang kafir ingkar pada hari kiamat." Daripada hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa Hari Raya satu perkara yang disyarakkan dalam Islam dan pada Hari Kiamat kelak orang-orang yang beriman dan beramal soleh hatinya hidup bahagia dan gembira kerana berjaya mendapat balasan yang baik dan keredaan Allah azzawajallah hasil daripada amal-amal kebajikan yang mereka kerjakan di dunia seperti berpuasa di bulan Ramadhan. Sebaliknya orang yang kufur dan ingkar hatinya mati mereka hampa dan kecewa pada hari itu kerana dimurkai oleh Allah dan mereka ditimpa dengan seburuk-buruk balasan.
Sejarah hari perayaan sebenarnya telah bermula sebelum kedatangan Islam.Ketika Madinah Al-Munawarrah bernama Yathrib, ia sudah menyambut perayaan.

Menurut Anas ra, tatkala Rasulullah saw berhijrah ke Madinah, Baginda telah menukarkan dua perayaan dengan dua perayaan yang jauh lebih baik, iaitu Aidilfitri (Hari Raya Puasa) dan Aidiladha (Hari Raya Haji atau Korban).

Bagaimana Baginda Meraikan Aidilfitri

Hadis dan riwayat sahabat menceritakan cara Rasulullah menyambut kedatangan Aidilfitri, antaranya:

1) Bersolat hari raya secara berjemaah

Rasululllah saw sentiasa melaksanakan solat hari raya secara berjemaah di padang atau lapangan terbuka.Ini akan memberi kemudahan dan kesempatan kepada kaum wanita yang tidak dapat menunaikan solat hari raya kerana uzur untuk mendengar pesanan dan nasihat Rasulullah saw yang disampaikan melalui khutbah hari raya.




2) Pergi dan balik dari tempat solat hari raya melalui jalan yang berbeza

Tatkala pergi dan balik dari tempat solat hari raya, Rasulullah sentiasa pergi dan balik melalui jalan yang berlainan, menurut Jabir ra (Hadis riwayat Bukhari).Apakah sebab Rasulullah berbuat demikian?Tujuan beliau tentulah dapat bertemu dengan lebih ramai orang yang berbeza. Baginda bersalam-salaman, memohon maaf zahir dan batin.

3) Membawa serta isteri dan anak-anak ke tempat solat hari raya

Ketika melaksanakan solat hari raya, Rasulullah saw sentiasa membawa serta isteri dan anak-anaknya.

Isterinya, Siti Aisyah ra, mengisahkan:"Kami disuruh supaya keluar dan begitu juga dengan wanita haid pada kedua-dua hari raya untuk mendapatkan kebaikan dan doa orang-orang Islam. Walau bagaimanapun, wanita haid duduk jauh dari tempat sembahyang." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

4) Jamah makanan sebelum ke masjid

Ketika Ramadan berlalu dan Aidilfitri tiba, umat Islam telah kembali dibolehkan makan dan minum pada siang hari.

"Rasulullah saw memakan beberapa biji kurma sebelum Baginda berangkat ke tempat solat hari raya", menurut Anas ra (Hadis riwayat Bukhari).

Ertinya, usahlah makan terlampau banyak sehingga menyusahkan diri sendiri, terutama ketika mendirikan solat.

Juga, kita tidak digalakkan memakan makanan yang pedas-pedas.

Dari segi kesihatan, perut kita baru saja berehat dan tidak perlu disogokkan makanan yang tidak sesuai atau berlebihan. Mentelah, Rasulullah ada menegur sahabat yang berperut gendut (buncit atau gemuk).



5) Berpakaian cantik untuk menunaikan solat

Rasulullah saw sentiasa berpakaian baru, kemas dan indah ketika melaksanakan sembahyang Aidilfitri.

Sebelum itu, Baginda selalu mandi terlebih dahulu dan kemudian memakai sedikit wangi-wangian, menurut riwayat Ibnu Qayyim al-Jauziyah.

6) Membanyakkan bacaan takbir

Sejak malam hari Aidilfitri sehingga imam datang untuk memulakan solat pada hari raya, umat Islam disunatkan memperbanyak bacaan takbir, sebagai maksud firman Allah swt:

"Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah (bertakbir) kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur." (Al-Baqarah: 185)

Menurut Umar ra dan Ibnu Mas'ud ra bahawa bacaan takbir yang lazim dibaca Rasulullah adalah: Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha Illalahu Wallahu Akbar, Allahu Akbar wa Lillahil-Hamd.

7) Berbalas salam

Apabila bertemu, para sahabat Rasulullah sentiasa memberi dan menjawab ucapan salam hari raya dengan berkata: Taqabbalallahu Minna wa Minkum (Semoga Allah menerima segala kebaikan kami dan kebaikan kamu). (Hadis riwayat Ahmad).
8) Saat akhir zakat fitrah dan sedekah

Zakat fitrah adalah suatu tanggungjawab sosial yang diwajibkan ke atas setiap umat Islam sekali setahun pada bulan Ramadan.

'Rasulullah telah mewajibkan zakat fitrah, segantang daripada tamar atau segantang daripada gandum ke atas setiap hamba, lelaki, perempuan, kanak-kanak, dan ke atas orang tua daripada kaum Muslimin.' (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Hadis ini secara tersirat mendorong kita menunaikan zakat sepanjang Ramadan dan sebelum solat Aidilfitri dan memperbanyak sedekah pada hari raya.


p/s: Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin 1432H.




Saturday 27 August 2011

Ramadhan Yang Bakal Berakhir Selalu Dirindui oleh Muslim Yang Beriman

Ibarat seorang kekasih, maka Ramadhan selalu diharapkan kedatangannya. Setiap muslim selalu mempersiapkan diri menyambut datangnya Ramadhan. Begitu pula saat Ramadhan hampir berakhir, rasanya tak ingin berpisah. Sedih dan syahdu rasanya saat menghampiri hari-hari terakhir di bulan Ramadhan ini.





Dalam sebuah hadits dikatakan bahwa : “Andaikan setiap hamba Allah mengetahui apa yang ada dalam Ramadhan, maka ia bakal berharap satu tahun itu puasa terus” (HR. Ibnu Khuzaim)


Mengapa Ramadhan begitu istimewa bagi kaum muslimin? Alasan apa yang menyebabkan Ramadhan begitu dirindukan kehadirannya ? Ramadhan adalah kem pengislahan diri, peningkatan peribadi, pembersihan hati. Sekiranya kita benar-benar mengisi Ramadhan dengan baik, maka kita akan keluar menjadi seseorang yang baru. Seseorang yang seakan bayi yang baru lahir. Suci sesuci fitrahnya yang sebenar. Kita akan kembali kepada fitrah kita yang hakiki, yakni menjadi hamba Allah SWT yang taat,Insya Allah...



Kita perlu berfikir kembali. 
Kita berpuasa dalam Ramadhan, tapi masih melakukan maksiat, apakah ibadah kita diterima? Kita bertilawah, tetapi hati masih sukar memaafkan sahabat, masih suka mengumpat, apakah puasa kita ini hanya menahan lapar dan dahaga? Kita berterawih, tetapi masih berpegangan tangan, berbonceng motor lelaki dan perempuan, apakah ibadah Ramadhan ini tidak ada apa untuk kita? 
Ya Allah, hambaMu ini masih belum berjaya berperang dengan nafsu, masih tunduk pada nafsu...
layakkah untuk kita meraikan kemenangan di Aidilfitri yang bakal tiba? bahkan kita juga ummat yang semakin beria meraikan pemergian Ramadhan, dan bersungguh-sungguh menyambut kedatangan 1 Syawal...Wallahualam..


Tuesday 16 August 2011

TIGA Golongan Yang Menikmati Ketenangan Di Padang Mahsyar


hadis riwayat tarmizi;

Tiga golongan yang mendiami tempat  tinggi dan mencium keharuman Kasturi Hitam, mereka tidak risau tentang pengiraan amalan atau hisab , mereka tidak merasai kebimbangan walaupun sedikit pada  Qiamat pada hari tersebut, mereka ialah:
1.Lelaki yang membaca Al-Quran kerana mengharap keredhaan Allah dan menjadi Imam dalam solat serta mendapat keredhaan daripada para jemaah.


2.Lelaki yang mendapat kemewahan rezeki di dunia, tetapi rezeki dan kemewahan tersebut tidak menghalang kepadanya untuk  beribadat kepada Allah SWT, malah rezeki dan kemewahan tersebut turut memberi serta menambah ketenangan kepadanya untuk berberibadat kepada Allah.


3.Lelaki yang melaungkan azan di masjid dengan ikhlas dan sentiasa berdoa kepada Allah SWT dengan hati yang penuh ikhlas.


Maha Suci Engkau Ya Allah yang telah memuliakan orang-orang beriman …. Rebutlah peluang ini wahai ikhwah semua….



Thursday 11 August 2011

Menggapai Maghfirah Allah Dalam Bulan Ramadan


Hari dan detik berlalu dalam bulan Ramadan,Kita sudah menghampiri pertengahan bulan yang penuh keberkahan ini.Tetapi,sejauh mana kita berjaya mendidik hati-hati kita ?


Apakah kita semakin merasai kelazatan dalam beribadah ? Apakah kita semakin merasai penderitaan insan yang kurang bernasib baik yang hidup mereka bak kata pepatah kais pagi makan pagi kais petang makan petang ? Apakah kita semakin peka akan kedahagaan kasih sayang seorang anak kecil yang kematian ibu dan ayah ? Apakah kita semakin merasakan kekurangan dan kelemahan diri kerana taubat yang kita pohonkan masih tidak setimpal dengan dosa dan kemungkaran yang kita lakukan ?

Atau .....

Apakah kita masih ditakuk lama ? Bersenang-senang dengan dosa dan kemungkaran. Apakah kita masih merasakan diri kita insan suci yang bakal melangkah pintu syurgawi ? Atau apakah kita masih berlazat-lazat dengan maksiat dan merasakan ibadah ini hanya suatu rintangan untuk mengecapi nikmat duniawi yang hanya seketika ? 

Seandainya scenario pertama yang kita rasai, maka bersama-samalah kita sujud syukur ke hadrat Ilahi kerana menganugerahkan kita dengan rasa kehambaan untuk terus mentaati-Nya. Berdoalah kepada-Nya agar perasaan dan kekuatan beramal ini akan berterusan dan istiqamah. Agar kembalinya kita menghadap Allah dalam hati yang tenang. Mendapat keredhaan-Nya dan keampunan-Nya.

Sebaliknya, jika scenario kedua yang kita alami. Sedarlah bahawa masih belum terlewat untuk kita merebut peluang di Ramadhan yang mulia ini untuk berubah. Tingkatkanlah azam dan paksalah hati untuk mengorak langkah ke arah kejayaan. Gunakanlah masa yang terluang untuk berzikir, berselawat dan membaca Al Quran. Hiasilah malam mu dengan Tahajud, Tasbih dan Taubah. Raikanlah fakir miskin dan anak yatim piatu. Korbankanlah masa dan wang ringgit, agar si fakir dan si yatim, terukir senyuman di hari lebaran. Hari lebaran yang bakal menjelang mungkin merupakan hari kesedihan buat insan malang. Kerana di hari lebaranlah kenangan bersama insan tersayang yang telah menemui Ilahi datang menggamit. Tatkala kita bersuka-ria, mereka bermuram durja dan ada yang berendam di dalam linangan air mata. 
Oleh itu, lakukanlah perubahan ini dengan hati yang ikhlas dan rendah diri sambil mengharap pimpinan dari Ilahi. Agar amalan-amalan ini dinilai Allah sebagai amal taqwa di akhirat nanti. Dengannyalah nanti yang bakal menyelamatkan kita dari menjadi bakaran api neraka. 

Perbanyakkanlah taubat, kerana jalan taubat saja syarat penyucian dosa yang kita lakukan. Dosa yang dilakukan ada dua jenis. Pertama dosa dengan Allah. Kedua, dosa sesama manusia.

Wallahualam...

Tuesday 9 August 2011

Khalifah Dan Hadis Nabi Tentang Pemerintahan Umat Islam


Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w ada menggambarkan keadaan pemerintahan Islam. Baginda membahagikannya kepada 5 era, yakni:

“Tempoh an-Nubuwwah (kenabian) akan berlangsung pada kalian dalam beberapa tahun, kemudian Allah mengangkatnya, setelah itu datang zaman khilafatun ‘ala minhaj an-Nubuwwah (kekhalifahan atas manhaj kenabian), selama beberapa masa hingga Allah ta’ala mengangkatnya, kemudian datang periode mulkan aadhdhon (penguasa-penguasa yang menggigit) selama beberapa masa, selanjutnya datang periode mulkan jabbriyyan (penguasa-penguasa yang memaksakan kehendak) dalam beberapa masa hingga waktu yang ditentukan Allah ta’ala, setelah itu akan terulang kembali periode khilafatun ‘ala minhaj an-Nubuwwah. Kemudian Nabi Muhammad s.a.w diam” (Hadis sahih Nabi yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad) 

Jadi secara umumnya, peringkat kepimpinan umat terbahagi kepada:

1. An-Nubuwwah (Kenabian): Era pemerintahan Islam yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Baginda merupakan imam para muttaqqeen dan pemimpin para mujahideen.

2. Khilafatun ‘ala minhaj An-Nubuwwah (Kekhalifahan atas Manhaj Kenabian): dipimpin oleh Khulafa Ar-Rasyidin yakni khalifah yang adil, jujur, benar dan terbimbing oleh Allah s.w.t


3. Mulkan Aadhdhon (Penguasa-Penguasa yang Menggigit): pemerintahannya masih disebut sebagai Khilafah Islamiyyah, tetapi pola pemerintahan seorang khalifah kepada khalifah berikutnya menggunakan cara pewarisan takhta. Disebabkan itu dipanggil mulkan iaitu para raja atau para penguasa. Mereka masih berpegang kepada 2 sumber utama orang mukmin iaitu Al-Quran dan As-Sunnah walaupun tidak sehebat genggaman Khulafa Ar-Rasyidin dalam pemerintahan mereka.
4. Mulkan Jabbriyyan (Penguasa-Penguasa yang Memaksakan Kehendak): di saat ini, umat Islam hidup tanpa khilafah. Bahkan umat Islam tidak lagi dinaungi oleh sistem pemerintahan Islam bernama Khilafah Islamiyyah. Inilah era yang kita sedang lalui sekarang. Yang dimaksudkan dengan Jabbariyyan, yang memaksakan kehendak bererti mengabaikan kehendak Allah dan Rasulullah s.a.w. 
5. Khilafatun ‘ala Minhaj An-Nubuwwah: berjayanya kembali umat ini dengan tegaknya kembali Khilafatun ‘ala Minhaj An-Nubuwwah. Mungkin akan tiba tidak lama lagi ,Khalifah yang kita tunggu dan digelar Al Mahdi seperti yang disebut-sebut dalam beberapa hadis.

Sejak tanggal 3 Mac 1924, umat Islam kehilangan sistem pemerintahan Islam Khalifah Islamiyyah. Bermula dari situ umat Islam mula melalui kehidupan yang penuh dengan kelemahan, kepincangan dan kemunduran. Mana tidaknya, kebanyakkan umat Islam ketika ini menyangka bahawa sistem yang selain dari sistem Islam lebih memuaskan. Sedangkan sistem itu sangat rapuh dan mudah dipatahkan. Namun begitu, periode keempat bukanlah periode terakhir dalam sejarah umat Islam. Masih ada harapan untuk kita bina ketamadunan Islam itu semula. Kini, kita menanti sistem era yang kelima yakni Khilafatun ‘ala Minhaj An-Nubuwwah. Mari kita sama2 merealisasikannya, bermula dari memupuk dan melengkapi diri menjadi individu muslim yang sebenar. Wallahu'alam.


Friday 5 August 2011

Orang Kafir Percaya Khilafah Akan Kembali.Tapi Orang Islam ?

Analisis sejak 10 tahun yang lalu telah dinyatakan oleh orang kafir melalui kenyataan melalui media bahawa mereka percaya bahawa khilafah akan kembali.

Ketakutan Kuffar Barat terhadap politik Islam dari hari ke hari terus meningkat, terutama setelah gelombang aksi protes yang terus berlanjut di Timur Tengah dan Afrika Barat, serta revolusi rakyat terhadap pemerintahan mereka yang korup, ditambah gelombang aksi yang terus meluas.

Surat khabar Amerika "Washington Post" mengatakan bahawa "Pemerintahan Presiden Barack Obama sedang mempersiapkan kemungkinan tentang revolusi Arab mengarah pada berdirinya pemerintahan Islam di Timur Tengah dan Afrika Utara, tempat bermula berdirinya Khilafah."

Untuk itu perlu dilakukan upaya-upaya secara massif yang dapat meningkatkan islamophobia di kalangan masyarakat Islam sendiri.

Berikut adalah kenyataan melalui media yang pernah dulu dinyatakan hingga ke hari ini tentang ketakutan mereka bahawa khilafah akan kembali:-

1. Lord Curzon, Menteri Luar Negeri Inggris, 1924

Lord Curzon, who was the British Foreign Secretary back in 1924. After the termination of Khilafat, the secretary expressed his views, in the following words: "The point at issue is that Turkey has been destroyed and shall never rise again, because we have destroyed her spiritual power: the Caliphate and Islam."

Lord Curzon, Menteri Luar Negeri Inggris pada tahun 1924, menyatakan pada tahun 1924, tahun keruntuhan Khilafah dengan kata-kata berikut: "Inti permasalahannya adalah bahwa Turki telah dihancurkan dan tidak akan bangkit kembali, karena kita telah menghancurkan jantung kekuatan spiritualnya: Khilafah dan Islam."



2. Majalah The Economist Edisi Tahun 1996

In the Economist Magazine issue of 1996, it was predicted, that in the 21st century, their will be two emerging economies, One will be that of China , and the other will be Caliphate.

Majalah the Economist edisi tahun 1996 meramalkan bahwa pada abad ke 21, akan ada dua kekuatan ekonomi raksasa yang muncul. Yang pertama adalah China dan dan yang satunya lagi adalah Kekhalifahan.



3. Henry Kissinger, Asisten Presiden AS untuk urusan Keamanan Nasional 1969-1975, di bulan November 2004 di Koran Hindustan Times


He said: "…what we call terrorism in the United States , but which is really the uprising of radical Islam against the secular world, and against the democratic world, on behalf of re-establishing a sort of Caliphate."

Dia mengatakan: "…apa yang dinamakan terorisme di Amerika, tapi sebenarnya adalah kebangkitan Islam radikal terhadap dunia secular, dan terhadap dunia yang demokratis, atas nama pendirian kembali semacam Kekhalifahan."




4. the National Intelligence Council (NIC), Desember 2004

A report by of the CIA predicted that by 2020 a "New Caliphate" would have been established. This 123-page report titled "Mapping the Global Future" was aimed to prepare the next Bush administration for future challenges, and was presented to US President, members of Congress, cabinet members and key officials involved in policymaking.

Sebuah laporan dari CIA memprediksi bahwa menjelang tahun 2020 sebuah "Kekhalifahan Baru" akan didirikan. Laporan setebal 123-halaman itu bertajuk "Pemetaan Masa Depan Global" dimaksudkan untuk mempersiapkan pemerintahan Bush untuk tantangan-tantangan masa depan, dan dipresentasikan kepada Presiden Amerika, para anggota Konggres, Kabinet dan para pejabat penting yang membuat keputusan.


5. Menteri Dalam Negeri Inggris, Charles Clarke, 5 Oktober 2005


On 5th October, 2005, British Home Secretary, Charles Clarke delivered a speech on Counter Terrorism at The Heritage Foundation (a neoconservative think tank, Washington DC ), in which he stated: "What drives these people on is ideas. And unlike the liberation movements of the post World War II era in many parts of the world, these are not in pursuit of political ideas like national independence from colonial rule, or equality for all citizens without regard for race or creed, or freedom of expression without totalitarian repression. Such ambitions are, at least in principle, negotiable and in many cases have actually been negotiated. However there can be no negotiation about the re-creation of the Caliphate; \there can be no negotiation about the imposition of Shariah law; there can be no negotiation about the suppression of equality between the sexes; there can be no negotiation about the ending of free speech. These values are fundamental to our civilization and are simply not up for negotiation. "

Pada tanggal 5 Oktober 2005, Menteri Dalam Negeri Inggris, Charles Clarke menyampaikan pidato tentang Perang Melawan Terorisme di The Heritage Foundation (sebuah pusat kajian neo konservatif di Washington DC ). Dimana dia menyatakan:

"Apa yang mendorong orang-orang itu adalah ide-ide. Dan berbeda dengan gerakan kebebasan di era pasca Perang Dunia II di banyak belahan dunia, ide-ide itu bukanlah untuk menggapai ide-ide politik seperti kemerdekaan nasional dari penjajahan, atau persamaan bagi semua penduduk tanpa membedakan suku dan keyakinan, atau kebebasan berekspresi tanpa tekanan totaliter. Ambisi-ambisi itu adalah, paling tidak secara prinsip, bisa dirundingkan dan dalam banyak hal telah dimusyawarahkan. Namun, tidak ada perundingan bagi pendirian kembali Khilafah; tidak ada perundingan bagi penerapan Hukum Syariah; dan tidak ada perundingan tentang penindasan atas persamaan antara laki-laki dan perempuan; tidak ada perundingan untuk mengakhiri kebebasan berbicara. Nilai-nilai itu adalah sangat fundamental bagi peradaban kami dan tidak dimungkinkan adanya perundingan."



6. President George W. Bush, November 2005


He stated that the militants were seeking to establish a "radical Islamic empire." He further added: "The murderous ideology of the Islamic radicals is the great challenge of our new century. Like the ideology of communism, our new enemy teaches that innocent individuals can be sacrificed to serve a political vision."

"The militants believe that controlling one country will rally the Muslim masses, enabling them to overthrow all moderate governments in the region, and establish a radical Islamic empire that spans from Spain to Indonesia."

Dalam pidatonya di awal bulan November 2005 menyatakan bahwa kaum militant sedang berusaha untuk mendirikan sebuah "kekaisaran Islam radikal".

Dia lalu menambahkan bahwa: "Ide membunuh dari kaum Islam radikal adalah tantangan yang besar di abad baru kita. Sama seperti ideology komunisme, musuh kita yang baru ini mengajarkan bahwa individu yang tidak berdosa bisa dikorbankan untuk bisa menjalani visi politik."

"Kaum militan percaya bahwa mereka dapat menyatukan kaum muslimin dengan cara menguasai Negara, sehingga dengan cara itu mereka menumbangkan semua pemerintahan moderat di wilayah dan mendirikan sebuah kekaisaran Islam yang membentang dari Spanyol hingga Indonesia."



7. Jendral John Abizaid, Komandan Angkatan Bersenjata Amerika, 29 September 2005 


"Al Qaeda terrorists hope to drive American influence from the Middle East and install a global Muslim leader in Saudi Arabia .....If al Qaeda terrorists manage to take control of Saudi Arabia , they will try to create and expand their influence in the region and establish a caliphate."

Abizaid said al Qaeda would subsequently move on to apply a "very narrow, strict interpretation of Shariah, Islamic law, not believed in or practiced anywhere else in the world today....... The next goal would be to expand into non-Arab Islamic countries. This would include the middle of Africa, South Asia and Southeast Asia."

At another occasion, Gen. John Abizaid said: "We are fighting the most despicable enemy ... who uses the 21st century-technology to spread their vision of a 7th-century paradise (and) try to re-create what they imagine was the pure and perfect Islamic government of the era of the prophet Muhammad."


"Teroris Al-Qaeda berharap untuk menghilangkan pengaruh Amerika dari Timur Tengah and mendirikan suatu pemerintahan Muslim global di Saudi Arabia…Jika teroris Al-Qaeda menguasai Saudi Arabia, mereka akan mencoba mendirikan dan memperluas pengaruh mereka di wilayah itu dan mendirikan sebuah kekhalifahan."

Abizaid mengatakan bahwa Al-Qaeda pada akhirnya akan melanjutkan dengan menerapkan sebuah "penafsiran Shariah, Hukum Islam, dengan pandangan yang sempit dank eras, yang tidak dipercayai dan tidak dipraktekkan di tempat manapun di dunia ini pada saat ini…Sasaran berikutnya adalah memperluasnya ke Negara-negara Arab non-Islam. Ini akan termasuk bagian tengah Afrika, Asia Selatan dan Asia Tenggara."

Pada kesempatan lain dia mengatakan: "Kita sedang memerangi musuh yang paling keji…yang menggunakan teknologi di Abad 21 untuk menyebarkan visi mereka atas surga abad ke-7 (dan) berusaha untuk mendirikan kembali apa yang mereka angankan adalah pemerintahan Islam yang murni dan sempurna seperti zaman Nabi Muhammad."



8. Gen. Richard Myers, Kepala Staf Gabungan, ketika berpidato di Pentagon.


While addressing a Pentagon news conference, he stressed: "If the Zarqawis of the world were allowed to be successful in Iraq in their view, and that would be the start of the caliphate that they envision, the stakes would be huge for the region,"

Ketika berpidato di Pentagon pada suatu konperensi pers, dia menekankan: "Jika kelompok Zarqawi dunia dibiarkan untuk sukses di Irak, dalam pandangan mereka, maka itu akan merupakan awal kekhalifahan yang mereka angankan, maka taruhannya adalah sangat besar bagi seluruh wilayah itu."



9. PM Inggris, Tony Blair, pada pidato di depan Konperensi Partai Buruh 



He stated: "What we are confronting here is an evil ideology.... ..They demand the elimination of Israel; the withdrawal of all Westerners from Muslim countries, irrespective of the wishes of people and government; the establishment of effectively Taliban states and Shariah law in the Arab world en route to one caliphate of all Muslim nations."


Dia menyatakan: "Apa yang sedang kita lawan adalah ideology setan…Mereka menuntut penghancuran Israel; penarikan mundur semua orang Barat dari Negara-negara Islam, dengan mengabaikan kemauan rakyat dan pemerintahnya; pendirian Negara-negara semacam Taliban dan hukum Syariah di dunia Arab dan berujung yang sama pada kekhalifahan untuk semua Negara-negara Muslim."



Bangkitlah wahai kaum Muslim, dan jangahlah menyerah, pasti kalian menang. Kemenangan ini adalaj janji Allah kepada kita. Barat akan berusaha dengan segala cara dan kekuatan untuk memerangi Islam. Akan tetapi Allah akan menyempurnakan cahaya-Nya, meskipun orang-orang kafir tidak senang dan membencinya.

Allah SWT berfirman: “Dan, ketika orang-orang kafir memikirkan daya upaya terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Dan Allah sebaik-baik Pembalas tipu daya.” (Surah. Al-Anfal [8] : 30).

Wahai kaum Muslim, hancurkan rezim-rezim kufur. Serulah kepada Islam. Kembalikan kekuatan kalian dengan iman yang tulus dalam hati kalian. Dan jangan biarkan kelemahan dan rasa putus asa menyusup ke dalam jiwa kalian. Sungguh kalianlah pemenangnya, insya Allah.

Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya Kami menolong rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia dan pada hari berdirinya saksi-saksi.” (Surah. Al-Mujmin [40] : 51).


Sumber ~  Al Khilafah 

Wednesday 3 August 2011

Amalan kesukaan Nabi Muhammad S.A.W di bulan Ramadhan

AMALAN yang menghidupkan Ramadan ialah memperbanyakkan sedekah kerana sikap bermurah hati pada Ramadan adalah dituntut. Ibn Abbas melaporkan:“Rasulullah adalah orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada Ramadan ketika Jibril menemuinya lalu membacakan padanya al-Quran.” (Hadis riwayat Bukhari)


Membaca al-Quran
Disunatkan memperbanyakkan bacaan al-Quran pada bulan Ramadan kerana ia bulan al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud: “… bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)
Malaikat Jibril sentiasa bertadarus al-Quran dengan Nabi SAW setiap hari sepanjang Ramadan. Para salaf mendahulukan bacaan al-Quran daripada ibadah lain. Sebahagian salaf khatam al-Quran dalam masa tiga hari, sebahagiannya tujuh hari dan 10 hari pada Ramadan.
Saidina Uthman bin Affan khatam al-Quran setiap hari pada Ramadan. Imam Zuhri berkata apabila tiba Ramadan, “Sesungguhnya Ramadan itu bulan membaca al-Quran dan menyediakan makanan untuk orang berpuasa.”

Memberikan makan kepada orang yang berbuka puasa.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memberikan makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya seperti pahala (orang yang berpuasa) dalam keadaan tidak berkurung sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu.”(Hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibn Majah dan ad-Darimi)
Qiamullail
Disunatkan berjaga malam secara berjemaah pada bulan Ramadan iaitu solat terawih dan waktunya di antara solat Isyak hinggalah terbitnya fajar. Nabi sangat gemar mendirikan malam pada bulan Ramadan.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa menghidupkan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan pahala daripada Allah Taala, maka akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu.”
(Hadis riwayat Bukhari)
Solat tarawih
Solat tarawih adalah solat khusus yang hanya dilakukan pada Ramadan. Solat tarawih, walaupun dapat dilaksanakan bersendirian, umumnya dilakukan secara berjemaah di masjid. Di sesetengah tempat, sebelum solat tarawih, diadakan ceramah singkat bagi menasihati jemaah.
Mengerjakan umrah
Perkara disunatkan pada Ramadan adalah mengerjakan umrah berdasarkan sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Umrah pada Ramadan (pahalanya) sama dengan (pahala) mengerjakan haji atau mengerjakan haji bersamaku.” (Hadis riwayat Bukhari)
Zakat fitrah
Zakat fitrah dikeluarkan khusus pada Ramadan atau paling lambat sebelum selesainya solat sunat hari raya. Setiap Individu Muslim yang berkemampuan wajib membayar zakat fitrah. Nilai zakat fitrah adalah satu gantang makanan ruji atau setara dengan 2.7 kilogram beras. Di Malaysia, nilai zakat fitrah ditentukan oleh pihak berkuasa agama negeri.