Tuesday 9 August 2011

Khalifah Dan Hadis Nabi Tentang Pemerintahan Umat Islam


Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w ada menggambarkan keadaan pemerintahan Islam. Baginda membahagikannya kepada 5 era, yakni:

“Tempoh an-Nubuwwah (kenabian) akan berlangsung pada kalian dalam beberapa tahun, kemudian Allah mengangkatnya, setelah itu datang zaman khilafatun ‘ala minhaj an-Nubuwwah (kekhalifahan atas manhaj kenabian), selama beberapa masa hingga Allah ta’ala mengangkatnya, kemudian datang periode mulkan aadhdhon (penguasa-penguasa yang menggigit) selama beberapa masa, selanjutnya datang periode mulkan jabbriyyan (penguasa-penguasa yang memaksakan kehendak) dalam beberapa masa hingga waktu yang ditentukan Allah ta’ala, setelah itu akan terulang kembali periode khilafatun ‘ala minhaj an-Nubuwwah. Kemudian Nabi Muhammad s.a.w diam” (Hadis sahih Nabi yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad) 

Jadi secara umumnya, peringkat kepimpinan umat terbahagi kepada:

1. An-Nubuwwah (Kenabian): Era pemerintahan Islam yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Baginda merupakan imam para muttaqqeen dan pemimpin para mujahideen.

2. Khilafatun ‘ala minhaj An-Nubuwwah (Kekhalifahan atas Manhaj Kenabian): dipimpin oleh Khulafa Ar-Rasyidin yakni khalifah yang adil, jujur, benar dan terbimbing oleh Allah s.w.t


3. Mulkan Aadhdhon (Penguasa-Penguasa yang Menggigit): pemerintahannya masih disebut sebagai Khilafah Islamiyyah, tetapi pola pemerintahan seorang khalifah kepada khalifah berikutnya menggunakan cara pewarisan takhta. Disebabkan itu dipanggil mulkan iaitu para raja atau para penguasa. Mereka masih berpegang kepada 2 sumber utama orang mukmin iaitu Al-Quran dan As-Sunnah walaupun tidak sehebat genggaman Khulafa Ar-Rasyidin dalam pemerintahan mereka.
4. Mulkan Jabbriyyan (Penguasa-Penguasa yang Memaksakan Kehendak): di saat ini, umat Islam hidup tanpa khilafah. Bahkan umat Islam tidak lagi dinaungi oleh sistem pemerintahan Islam bernama Khilafah Islamiyyah. Inilah era yang kita sedang lalui sekarang. Yang dimaksudkan dengan Jabbariyyan, yang memaksakan kehendak bererti mengabaikan kehendak Allah dan Rasulullah s.a.w. 
5. Khilafatun ‘ala Minhaj An-Nubuwwah: berjayanya kembali umat ini dengan tegaknya kembali Khilafatun ‘ala Minhaj An-Nubuwwah. Mungkin akan tiba tidak lama lagi ,Khalifah yang kita tunggu dan digelar Al Mahdi seperti yang disebut-sebut dalam beberapa hadis.

Sejak tanggal 3 Mac 1924, umat Islam kehilangan sistem pemerintahan Islam Khalifah Islamiyyah. Bermula dari situ umat Islam mula melalui kehidupan yang penuh dengan kelemahan, kepincangan dan kemunduran. Mana tidaknya, kebanyakkan umat Islam ketika ini menyangka bahawa sistem yang selain dari sistem Islam lebih memuaskan. Sedangkan sistem itu sangat rapuh dan mudah dipatahkan. Namun begitu, periode keempat bukanlah periode terakhir dalam sejarah umat Islam. Masih ada harapan untuk kita bina ketamadunan Islam itu semula. Kini, kita menanti sistem era yang kelima yakni Khilafatun ‘ala Minhaj An-Nubuwwah. Mari kita sama2 merealisasikannya, bermula dari memupuk dan melengkapi diri menjadi individu muslim yang sebenar. Wallahu'alam.


5 comments:

  1. Mohon izin nk copy untuk dakwah

    ReplyDelete
  2. Peringatan yg sering dialpakan walau kita sedang mengharungi period mulkan jabbriyyan di masa ini. Inilah juga masa di mana fitnah, pembunuhan, keruntuhan akhlak, rasuah dllnya bermaharajalela. Semoga kita selaku ummah akhir zaman ini terus dilindungi Allah.

    ReplyDelete
  3. Peringatan yg sering dialpakan walau kita sedang mengharungi period mulkan jabbriyyan di masa ini. Inilah juga masa di mana fitnah, pembunuhan, keruntuhan akhlak, rasuah dllnya bermaharajalela. Semoga kita selaku ummah akhir zaman ini terus dilindungi Allah.

    ReplyDelete
  4. Semoga umat Nabi Muhammad SAW diakhir zaman ini terus dilindungi Allah dari fitnah Dajjal.

    ReplyDelete
  5. Semoga umat Nabi Muhammad SAW diakhir zaman ini terus dilindungi Allah dari fitnah Dajjal.

    ReplyDelete