Sunday, 18 September 2011

10 wasiat As-Syahid Imam Hassan al-Banna

1.Dirikanlah solat apabila saudara mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun. 
2.Bacalah alQur'an atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah. 
3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus_hah) kerana sesungguhnya itu adalah antara syi'ar-syi'ar Islam. 
4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi sebarang kebaikan. 
5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram. 
6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara. 
7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang. 
8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.
9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan. 
10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

Marilah sama-sama kita memuhasabahkan diri..Wallahualam..

Monday, 5 September 2011

Istimewanya Solat Berjemaah


Solat adalah perkara yang paling istimewa..Solat juga adalah amalan pertama yang akan di soal oleh Allah s.w.t di akhirat kelak..Solat/Sembahyang adalah yang paling istimewa di dalam Islam dan Solat juga adalah membezakan antara orang Mukmin dan orang Kafir..


Firman Allah " sesungguhnya solat itu di wajibkan ke atas orang-orang mukmin pada waktunya" (An Nisa : 103)

Solat Jemaah
Jemaah yang di maksudkan adalah sekumpulan atau beramai ramai..Solat berjemaah ialah solat melebihi pada seorang.Seorang imam dan seorang makmum,jika bertambah bilangan makmum makin bertambah fadhilatnya



Solat berjemaah akan mendapat 27 darjat pahalanya berbanding solat berseorangan.
Sehari ada 5 waktu solat.
  • Berjemaah (5 waktu x 27 darjat =135 )
  • Bersendirian ( 5 waktu x 1 darjat =5)
  • Contoh...Jika di tukarkan kepada duit..sesorang yang solat berjemaah pada setiap waktu akan mendapat pendapatan RM135 sehari..orang yang bersolat bersindirian akan mendapat hanya RM5 sehari..


Solat berjemaah di titiberatkan oleh Rasulullah S.A.W kerana  :
  • Membangkitkan perpaduan ummah.
  • Tidak akan berjaya seseorang tanpa bergerak dalam kumpulan yakni berjemaah.
Di riwayatkan dari Imam Al Bukhari dan Muslim..Rasulullah mengancam hendak membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah..

Hadis-hadis nabi tentang solat berjemaah..

Dari Umar bin Khathab, dari Nabi s.a.w sesungguhnya baginda bersabda “ Barangsiapa solat di suatu masjid dengan berjemaah selama 40 hari dengan tidak pernah ketinggalan rakaat yang pertamanya dalam solat isyak, maka Allah akan menuliskan untuk dirinya pembebasan dari api neraka .” ( HR Ibnu Majah )


Dari Usman, ia berkata : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : “ Barangsiapa solat isyak dengan berjemaah, maka ia laksan solat malam setengah malam. Dan barangsiapa solat subuh dengan berjemaah, maka ia laksana mengerjakan solat malam sepanjang malam .”( HR Muslim dan lafaz ini ada pada sisinya)