Thursday, 5 March 2015

Berperang Jihad Fisabilillah





Sejarah Jihad
Sebaik Daulah Islamiyah berjaya didirikan di Kota Madinah Al Munawwarah, umat Islam diperintahkan oleh Allah s.w.t. supaya bersiap sedia dengan segala bentuk kekuatan untuk berhadapan dengan musuh-musuh Allah Ta'ala yang sentiasa merancang untuk mengganggu ketenteraman umat Islam dan negara Islam serta berusaha untuk menghapuskan terus kewujudan umat Islam.

Allah s.w.t. berfirman; 

                     

"Dan bersiap sedialah kamu untuk menentang mereka (musuh) dengan segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan kuda yang lengkap bersedia untuk menggerunkan dengannya akan musuh-musuh Allah dan musuh-musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedangkan Allah Ta'ala mengetahuinya." (Surah Al-Anfal ayat 60)

Baru dua tahun terdirinya Daulah Islamiyah di Madinah, tentera-tentera musyrikin Makkah telahpun dihantar untuk menyerang negara dan umat Islam di sana. Dengan dipimpin oleh Baginda Rasulullah s.a.w., umat Islam bangkit di atas nama Jihad untuk turun ke medan perang Badar, dan bertarung dengan musuh-musuh Allah Ta'ala dari kaum musyrikin Quraisy. Peperangan yang pertama berlaku dalam sejarah Islam itu, telahpun menunjukkan kekalahan di pihak musuh yang mempunyai kekuatan yang berlipat kali ganda dari tentera Islam.

Tidak ada kekuatan yang dimiliki oleh 313 tentera Islam, melainkan keimanan mereka yang mendorong mereka turun ke medan perang di atas nama Jihad Fisabilillah. Perjuangan mereka tidak kerana bangsa atau puak, tetapi kerana Islam.
Peperangan demi peperangan berlaku seterusnya dan selepas peristiwa di Uhud,  kemenangan sentiasa berpihak kepada golongan yang mengangkat bendera Jihad. Al-Ahzab (Khandak), Khaibar, Hunain, Yarmuk, Qadisyiah dan lain-lain lagi, semuanya telah memberikan kemenangan yang gilang gemilang kepada umat Islam yang telah berjaya menundukkan kuasa-kuasa kuffar.

Tetapi apabila umat Islam meninggalkan Jihad dan berpecah-belah antara mereka, kuasa-kuasa kuffar sedikit demi sedikit telah berjaya menguasai umat Islam dan negara Islam. Lantaran meninggalkan jihadlah yang telah menyebabkan tumbangnya Khalifah Abbasiyah di Baghdad oleh bangsa Tartar dalam tahun 665H dan di sebabkan atas dasar Asabiah (nasionalisma) danmeninggalkan Jihad menyebabkan kuasa-kuasa kuffar berjaya melenyapkan sistem pemerintahan Islam dengan tumbangnya Khilafah Islamiah yang terakhir, Daulah Othmaniah di Turki dalam tahun 1924M.


Negara umat Islam kemudiannya difara'id satu demi satu. Pakistan dan India diberikan kepada Inggeris. Mesir juga dijajah Inggeris. Libya diambil oleh Itali. Magribi (Morocco) diambil oleh Perancis. Bahkan semua negara umat Islam dijajah oleh kuasa kuffar. Bumi suci Palestin kini dinajisi oleh Yahudi hinggakan tiada lagi tercatat kalimah Palestin di atas peta dunia. Kashmir dirampas oleh Hindu. Bosnia, Croatia, Mindanao dijajah oleh Kristian. Bahkan Arakan (Burma), Singapura (Temasik), Pattani (Legeh), Ayutaya (Thailand), Tajikistan (Singkiang), Bukhara, Kemboja dan lain-lain lagi, semuanya berada di bawah cengkaman kuffar.


Di zaman penjajahan, umat Islam terus hanyut, dilupakan dan melupakan kalimah "JIHAD". Pelbagai cara dilakukan oleh penjajah untuk menjauhkan umat Islam dari memahami kalimah ini. As syeikh Said Ramadhan Al Butti, di dalam kitabnya 'Fiqh Sirah' telahpun menjelaskan bagaimana para orientalis Barat 'bermain' dengan kalimah jihad sehingga umat Islam sendiri merosakkan maksud sebenar perkataan itu.

Mereka sengaja mengembar-gemburkan bahawa Islam ini bangkit dengan 'pedang', Islam adalah agama yang menyeru pengikutnya atau penganutnya supaya menyerang orang lain dan melakukan pembunuhan dan pertumpahan darah. Umat Islam pula digambarkan sebagai penganas, pelampau, fundamentalis dan golongan yang sangat menggerunkan. Tidak mempunyai sikap rasional di dalam menghadapi sesuatu permasalahan dan berbagai-bagai tuduhan lagi.


Mendengarkan tuduhan yang begitu menyakitkan telinga sebahagian umat Islam bangkit untuk menafikannya. Mereka menjawab: "Agama kami tidak pernah menganjurkan umatnya dari melakukan keganasan, pertumpahan darah dan menyerang orang lain. Agama kami menggalakkan berlemah lembut, berdakwah dengan baik dan tidak berlaku kasar dengan pihak musuh. Dipukul pipi kanan, dihulurkan pula pipi kiri. Jihad tidak diperintahkan di dalam agama kami melainkan untuk mempertahankan diri", dan bermacam-macam lagi yang menunjukkan 'Islam itu lembut'.


Dipihak orientalis pula, mereka terus melakukan serangan serta tuduhan seperti yang dinyatakan di atas. Mereka sebenarnya tidak bertujuan untuk menuduh Islam seperti itu, tetapi mereka mempunyai niat dan tujuan jahat: supaya umat Islam menjawab tuduhan-tuduhan itu dengan jawapan yang akan menjauhkan mereka dari Jihad.

Umat Islam yang sejati akan tetap mempertahankan bahwa Islam itu 'lembut', telah terperangkap dengan hujahnya sendiri dan akhirnya menolak Hakikat Jihad itu berlaku dengan 'pedang'.

Sehingga hari ini umat Islam telah membuat berbagai-bagai tafsiran mengenai jihad seperti, jihad melawan nafsu, jihad membasmi kemiskinan, jihad mencari nafkah keluarga dan lain-lain. Akhirnya semua perkara diistilahkan sebagai jihad dengan melupakan pokok jihad yang sebenarnya. Lebih dari itu, pemimpin sekular umat Islam juga menggunakan kalimah 'jihad' dalam melaksanakan program anjuran mereka hingga akhirnya ada orang yang menganjurkan program maksiat juga digelar sebagai mujahid.

Umat Islam juga telah melupakan Surah At-Taubah dan Al-Anfal yang khusus membicarakan soal Jihad. Begitu juga dengan ayat-ayat Jihad dari surah-surah yang lain. Kalaupun mereka membaca ayat-ayat tersebut, mereka akan membuat tafsiran ajaib dan cuba mentakwilkan ayat-ayat Allah Ta'ala, walaupun ianya merupakan ayat-ayat muhkam dan jelas maksud pengertian dan kehendaknya. Umpamanya dalam firman Allah Ta'ala: 


"Dan perangilah orang-orang musyirikin itu semuanya sepertimana mereka memerangi kamu sepenuhnya..." (Surah At-Taubah ayat 30)

Perkataan di dalam bahasa Arab secara jelas memberi makna "perangilah". Dan apa yang dikehendaki oleh ayat ini ialah, supaya umat Islam memerangi golongan musyrik. Tetapi masih ada dikalangan umat Islam menafsirkannya dengan "memerangi hawa nafsu".


Sungguh menghairankan. Golongan kuffar membunuh umat Islam setiap hari di Bosnia, Palestin, Kashmir, Tajikistan, Rohingya, Syria dan Lain-lain lagi. Tetapi umat Islam masih belum melakukan apa-apa lagi tindakan dan mereka cuba pula menyembunyikan kewajipan Jihad yang difardhukan di dalam Islam.

Musuh menggunakan api dan besi, tetapi umat Islam masih menggunakan pancutan air. Orientalis barat juga didapati cuba menganjurkan mazhab baru dan jamaah-jamaah kerohanian yang akan menyeru umat Islam supaya mementingkan penyucian diri dan menjauhi Jihad. Ajaran-ajaran Qadiyaniyah, Bahaiyah dan Baya'iyah sememangnya merupakan ajaran-ajaran yang sengaja diwujudkan oleh orientalis untuk melupakan umat Islam kepada Jihad. 

Mirza Ghulam Ahmad, pengasas ajaran Qadiyani pernah berkata, "Bermula hari ini, aku membuang hukum jihad dan pedang. Tiada jihad lagi pada hari ini. Oleh itu barang siapa mengangkat senjata bagi memerangi golongan kuffar bererti dia telah melakukan sesuatu yang bercanggah dengan amalan Nabi."

Ada juga jemaah-jemaah dakwah yang menyeru kepada amalan-amalan sunat cuba mengetepi soal politik dan Jihad serta bagaimana menghadapi musuh-musuh Islam. Dengan itu wujudlah golongan yang menangis apabila melihat gambar tentera Yahudi yang dibunuh oleh Mujahiddin Hamas sambil berkata, "Aduhai... apalah malangnya nasibku. Aku tidak sempat hendak menyeru Yahudi itu kepada Islam. Apalah yang akan aku jawab di hadapan Tuhan nanti..."


Pernah berlaku, di suatu ketika, beberapa orang Arab dari kumpulan tersebut pergi ke Afghanistan untuk berdakwah kepada mujahiddin-mujahiddin Arab yang sedang berhadapan dengan musuh-musuh Allah Ta'ala di medan Jihad. Sesampainya di sana, salah seorang daripada mereka memperkenalkan diri dan seterusnya menyapaikan 'bayan' kepada para mujahiddin. Antara lain katanya, "...Marilah kita sama-sama memperkukuhkan keimanan kepada Allah Ta'ala terlebih dahulu. Tanpa keimanan yang kukuh, tuan-tuan tidak akan mampu untuk berhadapan dengan komunis. Marilah kita menuju kepada Jihad yang lebih besar iaitu Jihad melawan Hawa Nafsu..."


Sedang dia rancak berkata-kata, tiba-tiba bangkit seorang mujahid Arab dan berkata, "Saudara..., kami sekarang sedang berhadapan dengan musuh-musuh Allah. Kalau saudara sudah memiliki iman yang kukuh, marilah kita bersama-sama dengan kami menunaikan tugas Jihad yang suci ini. Di belakang sana musuh-musuh Allah dari puak komunis. Jika kami tidak mempunyai iman maka sudah pasti kami tidak berada di sini... Adakah kami telah berjaya melawan hawa nafsu yang inginkan kami duduk bersenang senang bersama anak dan isteri kami, lalu kami datang ke pergunungan yang kontang ini semata-mata untuk berjihad di jalan Allah. Tiba-tiba saudara mengajak kami supaya pulang 'mencari iman' dengan meninggalkan Jihad..."

Demikianlah berjayanya perancangan dan racun yang ditaburkan oleh golongan orientalis sehingga umat Islam menjadi keliru tentang pengertian Jihad yang sebenarnya.

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. ; "Hiduplah dalam keadaan mulia (dapat melaksanakan ajaran Islam) atau (jika tidak dapat melaksanakan), matilah dalam keadaan mati Syahid."


Maka menjadi satu kewajipan kepada seluruh umat Islam untuk bangkit membebaskan semua negeri yang pernah dikuasai oleh umat Islam yang kini berada di tangan kuffar. Ini kerana, negeri yang pernah diperintah oleh umat Islam, adalah merupakan milik tetap bagi umat Islam, termasuk Andalus (Sepanyol dan Portugal) yang dibuka oleh umat Islam pada tahun 92 Hijrah. Andalus terus diperintah oleh Islam lebih 800 tahun. Kerajaan Islam Andalus kemudiannya ditumbangkan oleh tentera-tentera Salib (Kristian) dan semua orang Islam yang ada di sana pada ketika itu dibunuh. Maka Andalus wajib dibebaskan oleh umat Islam dan bumi umat Islam.

Perkara ini sering ditekankan oleh As-Syahid Dr. Abdullah Azzam Rahimahullah (telah syahid pada 24 November 1989M di Arbab Road Peshawar, Pakistan dalam satu letupan ketika sedang menuju ke Masjid As-Syuhada' untuk menunaikan Solat Jumaat). Beliau begitu yakin dengan jalan (jihad) yang telah dilalui oleh Rasulullah s.a.w., para sahabat dan salafus saleh dalam membebaskan umat Islam dan tanah air mereka dari cengkaman kuasa kuffar. As-Syahid Dr. Abdullah Azzam juga turut menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan bahwa Jihad hanya sesuai di zaman Rasulullah s.a.w. sahaja tidak sesuai di zaman moden ini. Rasulullah s.a.w. bersabda ; "Jihad itu berterusan hingga hari Qiamat."

Persediaan

Apabila disebut bahwa berjihad membebaskan bumi umat Islam itu fardhu ain, bukanlah bererti seseorang itu mesti keluar ke medan perang dengan segera tanpa membuat apa-apa persediaan. 

Persediaan itu adalah sangat perlu kerana Jihad itu sendiri mempunyai beberapa marhalah atau peringkat :

1. I'dad : iaitu membuat persiapan diri dengan bentuk kekuatan zahir dan batin. Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran surah al-Anfal ayat 60.

2. Ribat : iaitu berjaga-jaga di medan perang sebelum berlakunya pertempuran. Rasulullah s.a.w. bersabda ; "Nilai berribat (berjaga) sehari pada jalan Allah lebih baik dari dunia dan seisinya."

3. Qital : iaitu peperangan ataupun pertempuran. Allah s.w.t. berfirman menjelaskan perkara ini ;


"Kamu diwajibkan berperang (qital) sedangkan peperangan itu adalah satu perkara yang kami benci. Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ianya baik bagi kamu dan boleh jadi juga kamu suka kepada sesuatu, padahal ianya buruk bagi kamu (tidak baik). Dan (ingatlah) Allah jualah yang mengetahui (baik buruknya) sedangkan kamu tidak mengetahuinya." : (Surah Al-Baqarah ayat 216)

As-Syahid Dr. Abdullah Azzam menegaskan bahwa membuat persediaan adalah lebih penting dan lebih wajib daripada qital (pertempuran)kerana mereka yang tidak ada persediaan iman dan ilmu peperangan serta tidak tahu menggunakan senjata sudah pasti tidak mampu untuk berhadapan dengan qital.


Di dalam surat wasiatnya, As-Syahid menulis ; "Wahai kaum wanita... Didiklah anak-anak kalian dengan sifat-sifat kepahlawanan dan biasakanlah mereka dengan keriuhan medan perang dan gegap gempita dentuman peluru-peluru dari senjata api. Jadikanlah rumah-rumah kalian itu sebagai kandang singa ; dan bukannya reban ayam yang menunggu gemuk untuk disembelih oleh taghut."

Perkara yang sama juga telahpun diperhatikan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat sejak lebih seribu empat ratus tahun yang lampau. Saidina Umar Al-Farooq bin Al Khattab r.a. pernah berkata ; "Ajarlah anak-anak kalian melampung (berenang) dan memanah (menembak) dan perintahkanlah (latihan) mereka melompat ke kuda yang sedang berlari untuk menonggangnya..."

Wallahu'alam... Sekian wassalam.











Tuesday, 12 November 2013

Mengingati Mati : Perjalanan Roh Dari Alam Ke Alam


Marilah kita ingat kembali dan menyakini hakikat kematian. Mengingati MATI adalah sebijak2 perbuatan. Tidakkah bijak bila beringat untuk bawa bekalan? Seseorang yang ingin berpergian (contoh, belajar oversea 3 tahun), mesti teringatkan untuk membuat persediaan dan membawa bekalan.
MATI itu pasti. Dan MATI itu sangat dekat. Bagaimana mungkin kita berasa selamat dari MATI ? Sedang hari-hari kita mungkin mati di jalan raya? Untuk mati di jalan raya, tidak perlu naik kenderaan… Hanya berada di tepi jalan sudah memadai.
Bagaimana mungkin kita berasa selamat jika kita berada di dalam bangunan? Sedang bila-bila saja mungkin berlaku litar pintas, lalu kita mati terperangkap dalam api?
Tidakkah kita dengar hal-hal kematian di dada khabar dan TV setiap hari? Setiap mereka yang mati tu, tidak menjangkakan mereka akan mati hari tersebut.
Jadi bagaimana pula kita boleh yakin kita tidak akan mati hari ini?

Setiap orang Islam wajib mempercayai Hari Kiamat. Terdapat 5 alam yg dilalui oleh setiap manusia iaitu:

1. Alam Roh
Alam di mana setiap manusia berjanji mnyembah Allah dan mengikuti segala suruhan dan meninggalkan laranganNya.
Manusia dihidupkan selepas Nabi Adam.

2. Alam Rahim
Selama 120 hari berada didalam rahim (tidak lagi mengingati segala peristiwa Alam Roh).

3. Alam Dunia
Manusia hidup didalam satu alam yg amat-amat singkat tetapi amat-amat penting untuk alam yg seterusnya.
Hidup sehingga 65thn-75thn.

4. Alam Kubur
Alam Kubur adalah bersamaan 40 thn. 1 tahun bersamaan 1000 tahun di dunia.
Hadis Imam At Turmudzi menerusi Abi’Sa’iid; Rasulullah saw bersabda :
“Sungguhnya Kubur itu adalah suatu kebun antara kebun-kebun Syurga ataupun satu lubang antara lubang-lubang Neraka”.

5. Alam Mahsyar
Alam Mahsyar adalah bersamaan 300thn. 1 tahun bersamaan 50,000 tahun didunia.
Alam Mahsyar dimulakan apabila 2 tiupan sangkakala ditiupan oleh Malaikat Israfil.
Tiupan pertama mematikan semua kehidupan manakala tiupan yang kedua menghidupkannya kembali di mana bumi memuntahkan isinya.
Dalam riwayat dinyatakan Kaabah akan berjalan masuk bersama dengan bumi Mekah dan Madinah bersama isi buminya apabila kiamat tiba (termasuk orang beriman yang mati di Mekah / Madinah). Sunat utk kita berniat untuk mati di Mekah atau Madinah shj. Haram berniat untuk mati ditempat yang lain.
Rasullullah s.a.w yang pertama sekali dibangkitkan dimana Rasullullah s.a.w bertanya pada Jibrail ” Di mana kamu tinggalkan umatku”.

# Di dalam Surah Al-Waaqi’ah Allah menyebutkan pada permulaan keadaan/suasana Kiamat Besar di mana manusia terbahagi kepada tiga golongan :

1.Muqarrabiin (Orang yang didekatkan kepada Allah); iaitu orang-orang yang dapat memasuki Syurga diperingkat awal.
2.Abraar (Baik-kebaikwan); iaitu orang-orang yang baik-baik; mereka ini ialah golongan Kanan (Golongan Bertuah Peringkat Kedua).
3.Fujjaar (Jahat-jahawan); iaitu orang-orang yang jahat-jahat; mereka ini ialah golongan kiri (golongan celaka/sial).

Kemudian Allah menyebutkan diakhirnya keadaan Kiamat Kecil di mana manusia terbahagi kepada tiga golongan juga iaitu:

1.Muqarrabiin.
2.Golongan Kanan.
3.Golongan Pendusta Yang Sesat.

Peristiwa di Padang Mahsyar
Manusia dibangunkan dalam keadaan telanjang melainkan mereka yang beriman. Jalan masing-masing tidak kenal antara satu kecuali 7 golongan. Mengikut Riwayat, Rasullullah saw dan Nabi Ibrahim as diberi pakaian terlebih dahulu diikuti yang lain (para Nabi Sahabat dan mrk yg beriman).

7 golongan:

1.Pemimpin yang adil.
2.Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
3.Lelaki yang bersedekah tetapi tidak diketahui.
4.Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
5.Lelaki yang diajak oleh wanita, tetapi dia menolak dgn kata “Aku takut pada Allah”.
6.Lelaki yang senantiasa mengingati Allah dan takut pada Allah.
7.Bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

(Di dalam Al-Quran jika ia dirujuk sebagai lelaki maka ada juanya bermaksud atau bersama perempuan). Setelah 40 thn (di Mahsyar) iaitu 1 tahun bersamaan 50,000 tahun di dunia, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian terdengar suara “pergilah berjumpa dgn para Nabi”.. maka yang mengetuai setiap kumpulan ialah para ulama dan para ambia.
Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam menyatakan beliau juga ada melakukan dosa kerana memakan buah larangan di syurga maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Rasullullah saw memohon kepada Allah dan syafaat baginda telah meletakkan Padang Mahsyar menjadi tempat

-Soal Jawab.
-Membaca catatan amalan.
-Hisab.

*Manakala orang kafir dan syaitan akan dikumpulkan disekeliling Neraka Jahanam.
“Oleh itu, demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Sesungguhnya Kami akan himpunkan mereka yang kafir itu beserta syaitan-syaitan di Padang Mahsyar, kemudian Kami akan bawa mereka duduk bertelut di keliling Neraka Jahanam.” Surah Maryam Ayat 68

Kemudian manusia meniti Siratul Mustakim yang mana perjalanannya mengambil masa 15,000 tahun perjalanan (persamaan di dunia tidak dinyatakan). Dan setiap 1000 manusia yang meniti hanya tinggal 1 sahaja yang akan berada di titian sirat (iaitu mereka yang beriman dan beramal soleh) untuk meneruskan perjalanan ke syurga (sepantas kilat bagi mereka yang beriman). 999 manusia akan jatuh kebawah dari sirat dan akan tiba didasar neraka setelah 60 tahun. (*Mengikut Riwayat, anak yang meninggal sewaktu kecil akan menunggu ibubapanya di atas sirat).

*Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi, Di sisi “Sidratul-Muntaha”; Yang di sisinya terletak syurga “Jannatul-Makwa”.(Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa “Sidratul-Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Surah An-Najm Ayat 13-16

*Kesimpulannya : Mati adalah benar, hidup kembali di Alam Barzah dan Alam Akhirat adalah benar. Amatlah ruginya jika kita leka di dunia yang masanya sungguh singkat namun amalan dan sumbangan kita terhadap agama Allah amatlah besar pada ketika itu untuk menghadapi Alam seterusnya. Diceritakan kisah didalam Al-Quran di mana manusia akan menyesali di atas kelalaian mereka di dunia sebaik sahaja melihat api neraka.

sumber

Friday, 4 October 2013

Halangan-Halangan Untuk Jadi Baik

Tahu tak apa-apa ayat Al-Quran yang berkaitan dengan halangan untuk menjadi baik?......
Kalau setakat mahu ayat al-Quran, kita boleh rujuk di beberapa tempat dalam al-Quran. Tapi yang popular dan sering kita dengar menerusi ceramah atau kuliah ustaz-ustaz, tak kiralah dari saluran manapun, ayat 14 daripada surah Ali-Imran sering diperdengarkan.

"Dijadikan terasa indah kepada manusia kecintaan terhadap apa-apa yang diingini berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang berlonggok berupa emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternakan, dan sawah ladang. Itulah kesenangan di dunia, dan disisi Allah-lah tempat kembali yang baik"

Dalam ayat tu kita dah nampak beberapa ujian kepada manusia. Pertama, wanita (ujian bagi lelaki) atau lelaki (ujian bagi wanita). Kedua, anak-anak. Ketiga, harta benda yang bermacam jenis.

Ada orang nak dekatkan diri dengan surau-masjid... dengan majlis ilmu... dengan ulama... tapi isteri mereka kata, "Abang tak payahlah keluar malam ni. Temanlah Mah (bukan nama sebenar) kat rumah. Mah takut bang."

Ada orang nak mendekatkan diri dengan surau-masjid, dengan majlis ilmu, dengan ulama... tapi anak-anaknya merengek, "Daddy... Daddy bila nak bawa kami pergi funfair lagi?"


Ada orang nak dekatkan diri dengan surau-masjid, dengan majlis taklim, dengan ulama... tapi kerana harta, langkahnya tercatu. "Aku sibuk sangat ni. Overtime sampai pukul lima pagi. Esok pukul lapan pagi pulak dah kena punch-card."
Selain itu, kita juga boleh rujuk ayat 24, surah At-Taubah.

"Katakanlah wahai Muhammad: 'Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan daripada berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)."


Dalam ayat ini pun Allah katakan bahawa penghalang kita itu utamanya datang daripada kaum keluarga dan harta benda kita.

Realitinya memang begitu.


Nak buat maksiat, senang. Bahkan sangat mudah. Tak ada siapa nak bising. Tak ada siapa nak halang. Kadang-kadang siap diberikan layanan istimewa. Diberikan sokongan dan bantuan pula!

Tapi nak buat baik, habis semua orang nak bising. Semua orang pandang kita pelik semacam.

Saudaraku kesemuanya. Mari kita sama-sama melihat kepada dua penghalang utama manusia untuk merangkak kearah kebaikan.

Pertama, hawa nafsu.

Kedua, syubhah atau ragu-ragu.

Golongan yang mengikut hawa nafsu ini Allah rakamkan dalam surah al-Fatihah sebagai golongan yang dimurkai. Mereka ini ialah orang-orang Yahudi. Orang islam yang bermentaliti Yahudi ialah orang-orang yang tahu kebenaran, tahu tuntutan. Bahkan antara mereka ada juga yang alim tapi malangnya mereka tidak mampu untuk beramal. Kenapa?

Saya sering tertanya-tanya. Semua orang tahu solat berjemaah, pahalanya ialah 27 kali ganda berbanding dengan pahala solat sendirian. Sedangkan pahala yang 1 itu pun belum tentu dapat lagi! Tapi kenapa surau-masjid kita tak sepenuh kedai makan? atau stadium?

Ini bukan kerana mereka jahil, tapi kerana mereka punya hawa nafsu yang membelit seperti ular sawa.

Tak mahu beramal. Tak mahu berakhlak.
Kerana diri sukakan dunia. Hawa nafsulah tu!
Ini ialah rentetan daripada kesombongan, kezaliman dan juga banyaknya kita bermaksiat. Bukankah kerana banyak bermaksiat, hati akan jadi mati? Dan kalau hati sudah mati, pasti ia akan membusuk... bernanah serta berulat, lalu menimbulkan kesan yang buruk-buruk sahaja kepada alam keliling.


Maka, satu-satunya ubat bagi penyakit hawa nafsu ini ialah mujahadah. Bersungguh-sungguh lawan keinginan nafsu. Letak dalam otak, bahawa Allah sedang menilai kita dan akan memberikan kita jalan-jalan (bukan satu jalan sahaja) untuk mendapatkan redha-Nya.

Sebagaimana firman-Nya dalam ayat 69 pada surat al-Ankabut: "Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan Kami, nescaya Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta dengan orang-orang yang berbuat baik."

Jihad dalam ayat diaatas bukan bermakna perang kerana ayat peperangan turun selepas turunnya ayat itu. Maka jihad yang dimaksudkan itu ialah kita bersungguh-sungguh mencari jalan untuk pulang kepada-Nya.

Saya suka melantunkan ayat ini di dalam hati, 'Fafirru illallah'- Berlarilah kepada Allah! Kerana fitrah orang yang berlari ialah jasadnya akan sentiasa berada di hadapan. Ini bermakna orang yang berlari kepada redha-Nya ialah orang 'will never turn back to Jahiliyyah'.

Baiklah. Ringkasnya, begitu.

Kedua, yang menghalang manusia mendekati makruf ialah kerana syubhah- keraguan, syak, atau kejahilan.

Ini ialah orang kristian. Mereka Allah umpamakan sebagai golongan yang sesat, yang mana mereka tidak bertemu dengan jalan kebenaran. Mereka ialah orang yang terkeliru. Yang benar, mereka katakan sebagai salah tapi yang salah mereka anggap sebagai kebenaran sampaikan tahap mereka sanggup menyembah manusia!

Itulah dia ciri-ciri manusia yang jahil dan ragu-ragu.

Penawar bagi sakit ini cuma satu- menuntut ilmu. Jika kita sudah 'clear' tentang hakikat, insya-Allah kita akan lebih terdorong dan terlorong untuk beramal soleh, seterusnya menjadi hamba-Nya yang rabbani.

Berubah Ke Arah Kebaikan

Setiap orang mempunya potensi untuk menjadi baik kerana mencintai kebenaran itu adalah fitrah manusia.

"Siapa yang menggerakkan hati untuk kamu semua baca tentang artikel-artikel tazkirah, pergi ke web islam, mendengar nasyid, datang ke usrah dan sebagainya? Jawabnya adalah Allah S.W.T jua yang menggerakkan hati-hati kamu semua. Maka jangan disia-siakan segala petunjuk itu,"

Kita mahu menjadi baik tetapi di mana kesungguhan kita untuk menjadi baik itu?

Istiqamahkah kita pada jalan-jalan kebaikan?

Baik itu bagaimana sebenarnya?

Baik itu adalah apabila kita mula kembali kepada ajaran agama Allah S.W.T. Jika tidak bertudung, sudah mula mahu bertudung. Jika tidak solat, sudah mula mahu belajar solat, dan contoh-contoh lain.
Ada orang kata cukuplah aku menunaikan segala rukun yang ditetapkan.
Jawapan saya, tidak cukup baik.
Kerana anda masih tidak menunaikan hak sesama muslim.
Apa itu hak sesama muslim?
Yakni mencegah kemungkaran dan menyeru ke arah kebaikan.
Jika baik, biarlah baik yang sepenuhnya, bukan baik separuh, jahat separuh.

Bagaimana pula boleh separuh?

Seperti cerita Robin Hood. Hero itu baik, tolong orang-orang miskin yang ditindas. Tetapi jahat juga kerana dia mencuri. Tidak ke lagi bagus si Robin Hood berniaga, kemudian menjadi orang kaya dan menolong orang miskin. Selain itu boleh menjadi ahli politik, kelar dasar orang kaya yang suka menindas. Itu lebih elok dari dia pergi mencuri dan merompak.

Jadi, bagaimana anda yang punya potensi untuk menjadi baik?

Selama ini anda suka melayari web Islam atau blog seperti iluvislam.com, halaqah.net, saifulislam.com, langitilahi.com, dirihamba.blogspot.com, hijau1976.blogspot.com dan sebagainya.

Selama ini anda menonton cerita berunsur Islam seperti Ketika Cinta Bertasbih, Halaqah, Semanis Kurma, 30 Minit Bersama Ustaz Don, al-Kuliyyah dan sebagainya.

Selama ini anda mendengar nasyid seperti Maher Zain, Raihan.

Selama ini anda membaca majalah dan novel seperti Solusi.

Selama ini anda sering menghantar post di facebook mengenai hadis dan sebagainya.

Bukankah itu adalah potensi?

Dan potensi itu digerakkan oleh Allah S.W.T. Ini bermakna itu adalah petunjuk untuk anda berubah menjadi baik.


Ada orang meninggalkan kebaikan kerana takut riak.
Bolehkah riak dihapuskan dengan meninggalkan amal?. Sebenarnya
riak boleh dihapuskan dengan memperbetulkan niat. Niat hanya boleh hadir
dengan memperbetulkan matlamat hidup hanya untuk Allah,
tiada syirik 
padanya..
 Matlamat hidup boleh disetkan dengan
memahami siapa kita siapa Allah, 
apa dunia apa akhirat...

sumber

Thursday, 1 November 2012

Kelebihan Al-Mathurat



Pengertian dan Keutamaan Al - Mathurat



1. Al- Ma'thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Baginda adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut...

2. Wirid, doa, zikir dan istighfar dalam Al- Ma'thurat ini akan memantapkan jiwa di samping memiliki keutamaan dalam segala aspek kehidupan. Mendidik hati agar sentiasa merindui kepada Ilahi dan memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani...

3. Bagi seorang muslim masanya tidak berlalu begitu saja. Dikala pagi dan petang ia sentiasa bertasbih, istighfar, tahmid dan berdoa kepada Allah dengan zikir yang ma'thur ( yg berasal daripada Nabi SAW )...

4. Jika sesiapa mengamalkan zikir Al- Ma'thurat ini akan merasakan perbezaannya dengan hari2 yang tidak dimulakan dengan zikir Al- Ma'thurat. Begitulah kekuatan doa2 dan wirid dalam Al- Ma'thurat ini sebagai senjata mukmin...



Beramallah sesuai dengan ajaran Islam, isitu seperti yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Orang2 mukmin yg sejati akan mengisi ruang masanya dengan berbagai amalan dan ibadah yang akan mendekatkan dirinya dengan Allah SWT. Bibirnya sentiasa basah dalam berzikir, membesarkan dan mengagungkan Allah Yang Maha Mulia, kemudian berdoa untuk mengharapkan keredhaan Rabb. Tiada sesuati yang lebih beerti dlm kehidupan seorang insan melainkan mendapatkan keredhaan Allah...

Setiap individu baik sebagai pemimpin dalam rumah tangga, masyarakat dan negara serta para pendakwah hendaklah mengamalkan dan menghayati zikir Al-Ma'thurat dengan membaca zikir2 yang diamalkan oleh Rasulullah ini beerti kita telah membentengi diri kita dengan senjata yg kukuh, sehingga terhindar dari gangguan syaitan yang terkutuk.


Oleh sebab itu Al- Syahid Imam Hassan Al Banna telah membina jalan yang baik untuk mengikut sunnah Rasulullah SAW. Beliau telah memilih dan menyusun al- Ma'thurat dgn mengharapkan bimbingan daripada Allah SWT agar terhindar daripada gangguan syaitan yang penuh angkara murka. Maka alangkah baik setiap diri muslim mengamalkan zikir al-Ma'thurat ini pada setiap pagi dan petang, siang dan malam.

Al- Ma'thurat dimulai dengan ucapan " Aku bermohon perlindungan Allah, Maha Mendengar, Maha Mengetahui dari setiap syaitan yang direjam" , mengandungi erti bahawa setiap jiwa kita sebelum melakukan aktiviti harus menyerahkan diri kepadaNya. Ucapan itu juga menunjukkan betapa besarnya harapan seorang hamba kepada Allah, kemudian berusaha untuk terhindar dari sesuatu yang dapat menyesatkan jiwa seseorang dari mengingat Allah...

Bacaan dan zikir yang terkandung dalam zikir Al-Ma'thurat terdapat beberapa keutamaan yang dijanjikan oleh Allah SWT terhadap utusanNya Nabi Muhamaad SAW. Hanya insan yang mengetahui betapa besarnya nilai doa dalam kehidupan jiwa sehingga menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari.



Kelebihan membaca Al Mathurat:

1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.


Wallahualam...

sumber


Saturday, 11 August 2012

Riak : Suatu Penyelewengan Ibadat



 
Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah sepertisebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untukmenyiraminya) dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan. (Al Baqarah 2:265)
Ikhlas
Keinginan kepada kemahsyuran terhadap amal ketaatan merupakan penyakit hati. Ianya adalah penyimpangan terhadap niat yang sepatutnya dilaksanakan semata – mata kerana Allah S.W.T Ketidakikhlasan ini digolongkan sebagai syirik kecil seperti yang dinyatakan Rasulullah S.A.W. Sekiranya, tiada keikhlasan, maka terwujudlah satu sifat riak di dalam hati manusia. Kesan daripada sifat ini akan mengakibatkan amalan yang dilakukan menjadi sia – sia sehingga tidak tergolong di dalam ibadah, malah, menjadi maksiat. Amat malang jika sesorang hamba ditimpa penyakit ini dan tidak menyedari serangannya yang masuk secara halus ke dalam hati manusia.
Menghadapi Sifat Riak
Hawa nafsu seringkali mengajak manusia ke arah kedurhakaan. Ia selalu mengambil tempat di dalam segala urusan manusia samada di dalam hal ehwal ketaatan atau kemaksiatan. Ibaratmusuh di dalam selimut, begitulah jika hendak diibaratkan kehadiran nafsu di dalam diri manusia. Bagaimana nafsu mengambil tempat didalam soal kemaksiatan? Ianya mudah dikenal kerana kebiasaannya kelazatan maksiat selalu berakhir dengan bencana. Itulah pengaruh nafsu di dalam maksiat. Bagaimana pula nafsu mengambil tempat di dalam soal ketaatan? Nafsu yang mengambil tempat di dalam ketaatan amat sukar dikesan kerana ianya sangat halus gerakannya sehingga sukar dikesan melainkan kewaspadaan seseorang mengenainya.  Apabila ketaatantidak disertai keikhlasan atau berpaling kepada keduniaan, maka ianya wujudlah sifat riak. Inilah tempat nafsu di dalam ketaatan.
Solah
Rasulullah S.A.W pernah bersabda, syirik (riya’) itu lebih samar daripada semut yang berjalan di atas batu hitam pada malam yang gelap.
Keikhlasan bukanlah suatu tugas yang mudah. Itulah sebuah kenyataan bagi seseorang hamba yang biasa seperti kita. Bibir mungkin mudah menyatakan ikhlas. Tetapi di hati hanya Allah yang tahu. Oleh sebab itu, kita dianjur berdoa dan menyerahkan segala pujian kepada Allah s.w.t. sebagaimana Nabi Yusof a.s ketika menerima pujian.  Baginda mengucapkan, ” Haa za min fodhlirobbi” yang bermaksud “semuanya ini (kelebihan) adalah kurniaan daripada Tuhanku (Allah).” sambungannya lagi, “untuk menguji aku samada aku syukur atau kufur.” Begitulah contoh terbaik untuk dijadikan ikutan, betapa murninya adab nabi Yusof kepada Allah SWT ketika baginda menerima pujian lantaran kelebihannya membuka tabir mimpi salah seorang sahabatnya ketika dipenjara.
Oleh kerana serangan 2 penjuru, iatu serangan syaitan dan nafsu, maka, agak sukar hamba yang biasa seperti kita untuk menghindiri sifat riak. Tetapi, Allah s.w.t tetap memandang usaha yang bersungguh-sungguh untuk menghindarinya.
Yusof Bin Al Hassan Al Razi berkata mengenainya dirinya yang sukar menghindari sifat riak :
Sesuatu yang amat berharga di dunia ini ialah ikhlas. Berapa kali aku bersungguh – sungguh untuk menghilangkan riak di dalam hatiku, tiba – tiba ia tumbuh di dalam ceruk yang lain.
Sesungguhnya, kekuatan untuk menghadapi sifat ikhlas adalah anugerah daripada Allah S.W.T jua. Allah sahajalah yang boleh menganugerahkan suatu sifat kewaspadaan tatkala penyakit riak menjengah di sebalik amalan ketaatan, maka, kewaspadaan itulah yang akan menjadikan seseorang hamba Allah kembali memperbetulkan niat asalnya dan menyerahkan kembali segala pujian yang diberikan kepada Allah S.W.T.
Tanda Keikhlasan
Al Haris Al Mahasabi R.A ketika ditanya mengenai tanda orang yang sungguh-sunguh ikhlas kepada Allah,
Seseorang yang benar – benar ikhlas iaitu yang tidak menghiraukan nilaian sesama manusia, asalkan ia sudah benar hubungan dengan Allah dan tidak ada orang yang mengetahui walaupunsekecil debu daripadaamal kebaikan, dan tidak takut jika ada orang mengetahui amal perbuatannya yang tidak baik sebab jika ia enggan untuk diketahui orang mengenai keburukannya, berertiia ingin dipuji atau besar didalam pandangan orang, dan itu tidak termasuk kelakuan atau akhlak orang yang benar-benar ikhlas.
Maka, mampukah kita menghadapi sifat riak ini? Kata kuncinya ialah BERWASPADA.
Wallahualam.

Rujukan : Al Hikam, karangan Syeikh Ahmad Ata'Allah Al Iskandary,
terjemahan oleh Tuan Hj Salam Baharish (1983)